Translate

Saturday, January 8, 2011

Ulasan sajak (Tunas Cipta, Disember 2010)

Sajak Bukan Karya Wewenang (m/s: 4), oleh A. Halim Ali

... Ulasan ini bermula dengan sajak "Lelaki Kota Tua" karya Khairul Hakimi Mansor.Penyajak tidak memberikan fokus utama kepada kepada idea utama yang patut disampaikan. Tanpa fokus ini, sajak kelihatan hanyalah sebuah catatan tentang seorang tua di sebuah kota. Sajak ini ini tidak dapat menolak tanggapan bahawa di kota lain, lelaki tua tidak seburuk ini nasibnya. Sajak ini mampu mengangkat persoalan kemiskinan masyarakat di kota atau nasib setinggan di tengah bandar raya. Dari segi pemilihan diksi menampakkan kesedaran penyajak tentang kedaifan dan nasib malang lelaki tua itu. Contohnya penyajak menggunakan diksi lelaki tua, miskin, kelelahan, kesengsaraan dan menadah rezeki dari satu sudut sesuai dengan tema kemanusiaan. Walau bagaimanapun aspek kemanusiaan itu kabur dengan perihalan nasib orang tua yang mengisi keseluruhan isi sajak.

Tuesday, December 14, 2010

Lelaki Kota Tua (Tunas Cipta, November 2010)

Lelaki Kota Tua

Waktu malam cahaya suram
hujan lebat berlarutan
di kala insan kesejukan lena
dalam dakapan kain gebar
lelaki tua kelelahan kebasahan
meredah hujan menadah rezeki
demi anak isteri menanti
mengayuh beca tinggalan warisan
menyambung kerja gemulah ayah
melewati kota tua
sisa tinggalan penjajah.

Sempat meninggalkan pesan
kesusahan dan kesengsaraan
kesenangan dan kemewahan
diadun dengan kesyukuran
sejarah lepas tidak berulang.

Padang Kota
14092010

Monday, October 25, 2010

Bagasi Tanggungjawab (Berita Harian - 24 Oktober 2010)

Bagasi Tanggungjawab

Hari-hari anak kecil

ialah keriangan

sudah bertatih

detik ini sudah bisa

melangkah lepas tangan.

Anakku

hidup bukan sekadar

menaiki atau menuruni lif

menuruni atau menaiki eskalator

berjalan atau berlari di sepanjang travelator

mengelak menyisip di celah-celah

manusia dewasa yang sarat

bagasi tanggungjawab.

Kesulitan demi kesulitan

mula kautemukan

mula kaupelajari harungi.

Semsas, Kuantan

10/10/2010.

Sunday, October 17, 2010

Cecacing Ghaib Globalisasi - Berita Harian (17 Oktober 2010)

Cecacing Ghaib Globalisasi

Kududuk di kerusi empuk

anak gadis di sebelah kanan

berpucuk-pucuk surat

di dalam gengggaman tangan

mahu membeli setem

jawabnya tertib.

Anak-anak sebayanya

asyik -mahsyuk

mengirim pesanan ringkas

bergebang di laman sosial

dan tersenyum sendirian kesepian.

Alasannya:

surat dan setem

ialah sejarah

terkandung peristiwa

segalanya terakam

tidakkan hancur luluh

dikunyah ditelan

cecacing ghaib globalisasi.

Semsas, Kuantan

2 Oktober 2010.

Tuesday, October 5, 2010

Si Cantik Si Jelik

sajak ini disiarkan dalam http://perbudiman.blogspot.com/

Si Cantik Si Jelik



Si cantik
dan
si jelik
diam dalam diriku.

Si cantik buat kumenarik
si jelik buat kusebalik.

Si cantik buat kuindah
si jelik buat kuhodoh.


Si cantik buat kughairah
si jelik buat kugundah.

Si cantik buat kumegah
si jelik buat kumuhasabah.

Si cantik jelik.
si jelik cantik.


Semsas, Kuantan
04092010

Sunday, October 3, 2010

Beku

Aku semakin membeku
walau aku tidak mahu membeku
bukannya aku di kutub utara
mahupun kutub selatan
kepanasan tidak mampu
menghalang kebekuan ini
mampukah aku bertahan?

30ktober2010
sudahlamatidak
mengutipgetah...bukukebuku?)

Friday, September 17, 2010

Tunggu


Aildilfitri semakin berlalu
mengukir kenangan syahdu
Pulau Pinang pengubat rindu
mengumpul beribu-ribu kenangan lalu
kerja sudah menunggu.

17092010
cutipenuhmakna...
bersyukur ada kerja...

Benar

Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu  pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...