Translate

Sunday, October 17, 2010

Cecacing Ghaib Globalisasi - Berita Harian (17 Oktober 2010)

Cecacing Ghaib Globalisasi

Kududuk di kerusi empuk

anak gadis di sebelah kanan

berpucuk-pucuk surat

di dalam gengggaman tangan

mahu membeli setem

jawabnya tertib.

Anak-anak sebayanya

asyik -mahsyuk

mengirim pesanan ringkas

bergebang di laman sosial

dan tersenyum sendirian kesepian.

Alasannya:

surat dan setem

ialah sejarah

terkandung peristiwa

segalanya terakam

tidakkan hancur luluh

dikunyah ditelan

cecacing ghaib globalisasi.

Semsas, Kuantan

2 Oktober 2010.

No comments:

Di Sekeliling Kita

Ahad lepas, 19 Januari, balik dari Bentong, menghampiri petang, ada dua buah kereta masuk ke perkarangan rumah Opah tatkala Ayah sedang berb...