Masuk sahaja ke dalam kereta, abang memberitahu ayah bahawa dia melukis komik.
Sampai di rumah, dia menunjukkan komik mini yang dibuatnya. Ada dua watak, iaitu Pahlawan Naga dan Pahlawan Jerung. Kata abang, Pahlawan Naga ada pedang yang berkuasa. Antara kedua-duanya, yang mana satu hero dan yang mana satu antihero? Ayah pula tidak bertanya tentang perkara itu.
Dia membawa bekas pensel dan kertas ke dalam kereta. Dia mahu membuat komik yang baharu. Agak lama dia berfikir tentang tajuk baharu komiknya. Mahu diciptanya watak hero yang baharu dan sudah tentu akan ada watak antihero yang baharu juga.
Malam ini juga nampaknya kecoh dengan cerita anti-Trump dan ada analisis tentang bahasa badan Donald Trump dan Barack Obama sewaktu pertemuan mereka berdua.
Akhirnya, abang terlena berselimut di sebelah ayah di dalam kereta tanpa sempat mendapat tajuk komik baharu selepas makan makanan yang dibeli di 'kedai hijau'.
Translate
Friday, November 11, 2016
Anti
Thursday, November 10, 2016
Emas
Sewaktu ayah kecil dahulu, ayah tertunggu-tunggu telatah Donald Duck.
Suatu ketika pula, ayah tertunggu-tunggu promosi burger terbaharu McDonald dan kini ayah dan mungkin orang lain juga tertunggu-tunggu perkara yang akan dilakukan oleh Donald Trump yang berusia 'emas', 70 tahun, Presiden Amerika ke-45.
Kata orang penantian itu satu penyeksaan. Apa kata, ayah meneruskan sahaja melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ayah dan anak-anak ayah meneruskan menuntut ilmu dan belajar perkara-perkara baharu kerana masa tidak pernah menunggu kita.
Kata Benjamin Franklin, 'time is money' dan kata orang Melayu, masa itu emas.
Tuesday, November 8, 2016
Tidak Sama
Abang jarang sekali bercakap secara terus terang. Apabila dia mahu makan, dia akan mengatakan dia lapar.
Laparnya bertambah setelah nampak 'kedai hijau'.
"Ayah tahu tak? Abang main 'game' dah sampai 'Level 4'. Seorang lagi abang belum dapat kalahkan," katanya di dalam mobil sewaktu balik dari sekolah. Itu tandanya dia hendak bermain permainan video.
Waktu dia sebaya angah, apabila dia mahukan sesuatu di kedai, ayah perlu memerhatikan gerak matanya. Selalunya dia berhenti berhampiran dengan sesuatu yang dihajatkannya dan matanya merenung ke arah sesuatu yang dimahukannya.
Cara seseorang mungkin tidak sama, tetapi adanya masanya tujuan atau matlamat adalah sama.
Monday, November 7, 2016
Memahami
Ayah dan emak cuba sedang memahami sebab angah enggan ke sekolah. Nampaknya ayah perlu bertanya tentang keadaan dia sewaktu di kelas kepada cikgunya.
Pagi tadi dia tidak mahu ayah atau emak memandikannya. Sebelum ayah sempat mengundur kereta, dia keluar dari kereta. Selepas itu, ayah menutup pintu pagar dan mencempungnya semula masuk ke dalam kereta.
Sebelum sampai ke sekolahnya, dia terjaga dan meminta ayah berpatah semula kerana katanya mahu ke tempat lain. Ayah membuka pintu kereta dan mengatakan kepada abang bahawa dia turun di situ dan angah akan ke sekolah abang kerana dia enggan turun dari kereta. Abang terpinga-pinga dan mengatakan itu bukan sekolahnya.
Kemudian, ayah membuka pintu depan sebelah kiri dan mengatakan bahawa ada anak kucing sesat ada di situ untuk menarik perhatian angah. Abang yang di belakang pula yang lebih tertarik kepada ayah. Dia menjenguk mencari kucing di tempat duduk hadapan.
Langkah yang terakhir ialah menangkap angah dan membawanya masuk ke kelas. Sewaktu ayah melintas jalan ke kereta, suaranya yang nyaring begitu jelas dan masih memanggil ayah.
Ayah dulu pun jenuh juga dipaksa atuk dan opah ke sekolah dan ada satu masa ayah tidak mahu ke sekolah kerana budak di sebelah ayah akan mencubit ayah apabila ada ruang dan peluang.
Hijau
Pagi tadi ayah dengar ada orang bangun pergi ke tandas. Emak mengatakan bahawa angah bangun pergi ke tandas.
Sejak dua tiga menjak ini, dia tidur tanpa memakai lampin pakai buang pada waktu malam sebab dia menanggalkannya. Pada waktu siang dia tidak memakai lampin.
Hari ini dia mengikut ayah ke tempat kerja. Dua tiga minggu dia asyik mengulang kata bahawa dia tidak suka ke sekolah. Dari malam tadi cakap perkara yang sama. Ayah sudah memaklumkan perkara itu kepada cikgunya. Ayah dan emak masih mencari jalan supaya pagi-pagi angah suka ke sekolah.
Selesai sahaja kerja ayah, ayah kembali ke tempat ayah. Angah duduk di atas meja. Ayah teringat Hulk yang terkenal dengan kata-katanya, "You wouldn’t like me when I’m angry."
Kaki abang sudah bertukar warna hijau. Dia menggunakan pen 'highlighter' berwarna hijau untuk mewarnakan kakinya.
Nasib baik ayah hanya ketawa melihatnya, jika tidak ayah juga bertukar 'hijau'.
Sunday, November 6, 2016
Mudah
Along datang dekat ayah. Dia menyuruh ayah membuat cerita tentang dia yang mendapat markah seratus dalam penulisan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris katanya sangat mudah dibaca.
Ternyata kepercayaannya tidak sama dengan kepercayaan ayah. Mungkin kepercayaan ayah tidak begitu kuat. Bahasa Inggeris salah satu sebab ayah masuk tingkatan 6. Ayah cukup gembira sewaktu percubaan SPM kerana ayah mendapat C6 dah sudah tentu 'kredit'. Keputusan itu jika keputusan SPM sebenar membolehkan ayah memohon ITM untuk mengambil jurusan Komunikasi Massa. Waktu itu ayah mahu jadi 'deejay' dan cukup suka mendengar Best 104.
Waktu SPM sebenar ayah mendapat P7 dan sudah tentu 'tidak kredit'. Sekarang ayah masih belum menjadi deejay tetapi kerap kali menjadi pengacara bidan terjun. Ayah hanya perlu masuk kelas vokal kerana keberanian ayah sudah ada, Insya-Allah.
Bahasa Inggeris? Ayah perlu ada kepercayaan yang baharu.
Pinggan
Makan bersama-sama sesuatu yang menyeronokkan. Zaman ayah budak-budak dahulu, ada masanya kami berkelah makan tengah hari di bawah pokok durian atau rambutan.
Sambil mengunyah, mata mereka memandang cerita Robocar Poli. Sejak makan ikan selayang bakar di Singgang Budu, dia hendak makan ikan bakar. Jadi juadah makan malam dua tiga hari ini ialah ikan kembung bakar pemanggang ajaib.
Adik turun naik keretanya setelah pinggannya dilimpahi air masak. Abang ke dapur membasuh pinggan dan angah masih di meja makan.
Benar
Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...