Translate

Tuesday, September 20, 2011

KIsahHadapanMobil

Jalanrayasemakinbaik.Semakinelok.Semakincantik.Sepatutnyapemanduansemakintertib.
Semakinbertimbangrasa.Semakinberhemah.Mindakelaspertamaseiringdenganinfrastruktur
kelaspertama.Mengingatkandirisendiridanjugainsanlain.
Maaf.Inibukansebahagiancarapenulisan.'Spacebar'yangbermasalah.
Apa-apapunbacalah.

20september2011
sampaikanwalausepatah...

Monday, September 19, 2011

Kisah Hadapan Mobil

muka surat enam:

Hujan. Dia sudah datang. Selalunya mendiami paya-paya di kiri dan kanan jalan. Paya semakin hari semakin hilang di telan pembangunan (ditebus guna/dikambus), namun perlu diingat:

a) Ke manakah air mahu pergi jika semuanya dibangunkan? Sudah tentu kita tidak mahu
memilih sahabat alam kita, iaitu 'banjir'.
b)Sistem perparitan yang berkesan diperlukan untuk menakung bagi menggantikan paya-paya yang bakal meninggalkan nama.

Diharapkan hal ini diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak yang berkenaan.

19September2011
kulihathijau...

Wednesday, September 14, 2011

KIsah Hadapan Mobil

muka surat lima:
Subhanallah. Maha Suci Allah. Sudah lama tak kutemu pelangi petang nan indah. Hanya lagunya sahaja yang selalu kudengar. Sebaik sahaja membelok ke selekoh menghala Tanjung Lumpur, kaumuncul di hadapan. Tersenyum.
Masa kecil, siapa-siapa tunjuk jari telunjuk ke arah sang pelangi, maka kedengaran suara-suara yang mengatakan jari telunjuknya bakal kudung. Kepercayaan siapa? Entahlah. Yang pasti, sang pelangi kan tetap indah dan dipuja.
15092011

Monday, September 12, 2011

Kisah Hadapan MObil

muka surat empat:

Sudah lama tidak menulis. Dalam minggu lepas, sewaktu mahu pulang, seorang 'mamat' berkereta dengan selamba melepaskan secebis plastik ke luar kereta melalui cermin tingkap. Terbanglah sampah dibawa angin.

Marilah sama-sama merealisasikan Kuantan Zon Sifar Sampah (ZSS).

Sunday, July 3, 2011

Tunas Cipta Jun 2011

Petikan Ulasan Sajak (m/s: 4 & 5)
oleh: A. HALIM ALI

Unsur Dedikasi Dan Perihalan dalam Sajak

... Sajak dedikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dedikasi yang khas dan dedikasi umum. Dalam sajak dedikasi yang khas, penyajak menyebutkan nama tokoh atau watak itu. Sajak ini bernilai peribadi dan hanya mewakili pandangan peribadi penyajak semata-mata, contohnya Nabi Muhammad SAW, Sultan Mizan, Tun Mahathir. Sajak yang dedikasi umum pula tidak menyebut nama tokoh atau watak tertentu secara khusus, sebaliknya penyajak menampilkan ganti nama yang lazimnya diketahui umum perwatakan tokoh atau watak yang disebutkan, seperti guru, ibu, kekasih, pejuang kemerdekaan dan lain-lain. Sajak dedikasi lazimnya dicerna dengan unsur alusi sebagai teras gaya bahasanya. Gaya persajakan lebih kepada pemerihalan, penceritaan, pemujaan dan personal.

Kebanyakan sajak dalam Tunas Cipta keluaran Mei juga menampakkan perkara yang sama, terutamanya dalam sajak "Terima Kasih Cikgu" karya Zahani Che Ismail, "Sasterawan" karya Aidil Khalid, "Kisah Si Pengayuh Beca" oleh Aina Nabila Ahmad, "Nota dari Desa Buat Pemimpin" karya N. Faizal Ghazali, "Bahasa Kota" karya Tai Mun Kit, "Derhaka Kata" karya Nadiah Majeed, "Kembara Musafir" karya Siti Nur Fa'izul Ba'edah Mat Razi dan sajak "Sepatu Debu" karya Khairul Hakimi Mansor.

... Gaya memerihalkan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang dilakukan oleh penyajak Aina Nabila dalam sajak "Kisah Si Pengayuh Beca" juga digunakan oleh Khairul Hakimi Mansor yang memerihalkan perjalanan hidup seorang tua dalam sajak "Sepatu Debu". Penyajak tidak menyebutkan nama orang tua secara khusus, namun nukilan sajaknya mencerminkan warna hati penyajak yang prihatin dan khusus ditujukan kepada seoarang orang tua. Kata-kata penyajak pada rangkap terakhir adalah petunjuk sajak berbentuk dedikasi. Perhatikan;

Biarpun langkahmu disakiti
semalu dan batu-batu
syukur
kaumasih punyai
sepasang kaki suci
kerana sepatu
bisa berganti.

(b.7-13)

Tuesday, May 31, 2011

Tunas Cipta Mei 2011

Sepatu Debu

Di perkarangan surau
seorang tua
bersepatu debu
berpayungkan kesabaran
senyuman berputik
pabila hati kecil memujuk.

Biarpun langkahmu disakiti
semalu dan batu-batu
syukur
kaumasih punyai
sepasang kaki suci
kerana sepatu
bisa berganti.

Sg. Soi, Kuantan
14012011

Satu Hari Lagi

Fajar telah tiba nan menyinsing membawa harapan Tanah Semenanjung Tanah Semenanjung permata nilam.        Sebentar tadi, Ayah mendengar...