Translate

Tuesday, May 31, 2011

Tunas Cipta Mei 2011

Sepatu Debu

Di perkarangan surau
seorang tua
bersepatu debu
berpayungkan kesabaran
senyuman berputik
pabila hati kecil memujuk.

Biarpun langkahmu disakiti
semalu dan batu-batu
syukur
kaumasih punyai
sepasang kaki suci
kerana sepatu
bisa berganti.

Sg. Soi, Kuantan
14012011

No comments:

Bahagia Ke Sorga

Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan  untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...