Pelangi petang muncul setelah ayah balik kerja diiringi titisan hujan. Bermula Hari Guru sehingga tiba hari sambutannya, banyak benar warna peristiwa yang berlaku.
Bersama-sama anak didik setiap hari sehinggalah muncul anak didik yang telah bekerja, ada yang sudah kembali ke sekolah mengajar, ada yang sedang belajar dan ada juga yang sedang meniti hari bahagia, sungguh warni-warni. Dalam masa yang sama, anak-anak bukan saja tekun di kelas, malah sangat lincah di gelanggang. Bertemu pula dengan sahabat-sahabat dari Zon Timur tatkala berlangsung Pertandingan Bola Keranjang Perempuan SBP, warna tertentu yang sudah sebati boleh membuatkan kita kenal pasukan yang bertanding. Sehinggalah hari ini, Isnin, 18 Mei 2026 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berlangsung, warnanya pun mengikut trend semasa.
Terima kasih anak-anak untuk 'Strawberry Matcha'. Kadang-kadang warna juga boleh buat kita rasa lapar dan dahaga. Tatkala kita berkongsi warna, itulah bahagia kerana warna boleh memberi kita cerita untuk dikenang bersama. Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu.
Translate
Monday, May 18, 2026
Kongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kongsi
Pelangi petang muncul setelah ayah balik kerja diiringi titisan hujan. Bermula Hari Guru sehingga tiba hari sambutannya, banyak benar warna ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
1 comment:
Assalamualaikum abang. Jemput join https://belogsjm.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html.
Terima kasih...
Post a Comment