Translate

Saturday, May 23, 2026

Dengar

Adakah kita pernah terfikir? Kita sering mahu orang mendengar percakapan kita dan adakah kita mahu dan bersedia untuk mendengar perkara yang  disampaikan oleh orang lain?             
           Mendengar ialah satu kurniaan agung Allah SWT kepada kita yang dikurniakan pendengaran. Yang paling hebat adalah apabila kita dapat fokus kepada perkara yang patut kita dengar untuk tambah nilai diri kita dan orang di sekeliling kita turut dapat manfaat hasil daripada tindakan kita selepas itu. Ada kata-kata yang Ayah baca berbunyi, "Apabila kita berkata-kata, kita hanya menyampaikan apa-apa yang kita tahu tetapi apabila kita mula belajar untuk mendengar, kita dapat menambah apa-apa yang telah kita tahu." Maksudnya apabila kita memperuntukkan banyak masa untuk mendengar, banyak perkara kita dapat tahu dan apabila kita bertanya kerana tidak faham, kita akan mendapat jawapan serta ilmu baharu.     
        Sudah pasti kita tidak mahu jadi seorang yang membosankan bagi orang lain kerana asyik mengulang cerita atau  perkara yang sama, maka selain pengalaman yang kita mililki, mendengar dengan baik satu perkara yang wajib kita praktikkan untuk memastikan diri kita terus berkembang dan kekal relevan.

No comments:

Dengar

Adakah kita pernah terfikir? Kita sering mahu orang mendengar percakapan kita dan adakah kita mahu dan bersedia untuk mendengar perkara yang...