Tali pinggang yang digulung-gulung akhirnya dibentuk seperti topeng, dipegang dan ditekap ke mukanya, kemudian dia datang ke depan ayah. Katanya,"Obito."
Obito? Ya, Ayah tak ingat langsung fasal watak Obito Uchiha dalam Naruto atau dulu mungkin Ayah tidak pernah menonton filemnya sampai ke tahap itu. Banyak watak yang diingati anak-anak sewaktu mereka membesar, mungkin watak itu sekadar di pinggiran atau lalu saja dalam hidup mereka dan mungkin juga watak-watak itu menjadi sebahagian karakter serta memberi pengaruh dalam hidup mereka. Cerita lawan-lawan pastinya diminati anak-anak lelaki, adakala mereka bergumpal bersama-sama meniru aksi-aksi yang dilihat. Sudah jelas bahawa menjadi tugas kita untuk memperkenalkan adiwira-adiwira sebenar yang wujud di sekeliling kita supaya mereka tahu, seterusnya menghargai pahlawan yang sememangnya wujud silih berganti berjuang untuk melindungi kita semua dan negara ini sejak dulu lagi. Maka, mereka juga akan terpanggil untuk melindungi negara ini sebagai barisan hadapan atau berjuang dengan cara sendiri seperti lagu yang didendangkan Sudirman.
Watak-watak yang ada di sekeliling kita, sedar atau tanpa kita sedar dapat memberi kesan dalam membentuk personalilti atau karakter kita. Sejak kecil kita memerhati segala perlakuan yang kita lihat dan menyesuaikannya dengan diri kita. Maka, diri yang terhasil pada hari dibentuk bukan dalam masa yang sekejap dan menjadi amanah kita pula membentuk sikap anak-anak untuk masa depan, Insya-Allah.
Translate
Saturday, November 30, 2024
Amanah Kita
Saturday, November 23, 2024
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Hari Televisyen Sedunia dan hari sebelumnya Rabu, 20 November Hari Kanak-kanak Sedunia.
Bersama-sama dengan kanak-kanak setiap hari satu perkara yang luar biasa sebenarnya. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sudah tentulah lain layanannya, kanak-kanak yang bersekolah rendah pula kerenahnya lagilah macam-macam dan kanak-kanak yang di sekolah menengah pula sudah tak sama dan mula banyak emosinya. Kerenah yang tak sama, sudah pastilah cara melayan pun tak sama, maka setiap hari ialah ruang untuk memahami anak-anak, ruang untuk melatih anak-anak dengan pelbagai perkara dan ruang melatih diri lebih bersabar dengan kerenah yang rencam. Bercakap fasal perkara yang sama dan menegur fasal perkara yang sama itu salah satu kerja, kadang-kadang nadanya sama, banyak juga menyinga. Macam mana sekalipun, Angah tetap datang dekat 'berdempek', tetap banyak tanya. Banyak yang Ayah tak dapat jawab pun, terpaksa tanya Google dan mereka kata Ayah ada kawan baharu, Gemini, kawan yang tak ada emosi.
Bersyukurlah kita yang masih dikelilingi kanak-kanak. Banyak perkara yang kita dapat belajar daripada kanak-kanak jika rajin kita amati. Kita pernah jadi kanak-kanak yang mahu akan perhatian, maka marilah kita layani kanak-kanak sebagaimana kita pernah dilayani dengan baik sewaktu kita kanak-kanak dulu, Insya-Allah.
Saturday, November 16, 2024
Lebih Bermakna
Friday, November 8, 2024
Sekaki Payung
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...