Esok, 29 Januari, bermulalah perjuangan anak-anak yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023.
Walaupun usia anak-anak kalau mengikut tahun 2024 sudah 18 tahun, tetaplah perlu berjuang untuk hari esok dan hari-hari seterusnya. Perjuangan itu telah bermula sejak kita lahir dan sebelum itu lagi kerana ada perkara yang sudah kita tidak ingat apabila kita berpindah ke alam dunia. Banyaklah perkara yang anak-anak perlu ingat dan sedar dalam menghadapi ujian yang satu ini. Perjuangan itu telah bermula sejak awal lagi, maka kita tidak perlu terlalu gusar kerana bukanlah namanya manusia kalau tidak diuji. Cemas itu mungkin ada dan itu perkara biasa yang memang ada pada setiap manusia.
Untuk menjadi insan yang Hidup Berjasa, segala cabaran perlu dirempuh kerana tidaklah kita tahu sejauh mana kekuatan kita selagi mana kita tidak diuji. Kita seharusnya semakin kuat setelah diuji, itulah yang sepatutnya. Moga anak-anak kekal tenang menghadapi ujian kerana doa semua mengiringi kalian masuk dewan dugaan, Insya-Allah.
Translate
Sunday, January 28, 2024
Hidup Berjasa
Thursday, January 25, 2024
Pulang
Kadang-kadang
seekor burung di pinggir jalan
mengingatkan tentang
betapa jauh kaubertualang
betapa tinggi kauterbang
betapa jauh kaumenyimpang
akhirnya berjejaklah
di bumi yang kaugenggam
di bumi yang kaupinjam
takkan selamanya di sini
di hujung kaukan sendirian
pulanglah dengan bersih hati.
Dewan Al-Khawarizmi
26 Januari 2024
Khairul Hakimi Mansor
Monday, January 22, 2024
Lubuk
Cikgu Sakirin memutarkan lagu 1234, satu dewan asyik mendengar. Antara lagu yang menusuk perasaan kami, lagu ketika kami sedang membesar.
Lagu boleh dijadikan kepala cerita atau pendahuluan karangan, begitulah yang selalu diberitahu kepada anak-anak. Kata Cikgu Sakirin lagi, dalam lagu dulu-dulu ada banyak isi, banyak kata yang boleh diambil dan diabadikan sebagai isi, bukan saja sebagai permulaan kata. Merujuk artikel dalam Harian Metro (16 Jun 2023), tulisan Nurul Sabrina Jamali, kata Aris Ariwatan, "Bagi saya, jika besar pengorbanan menjadi seorang penyanyi, pastinya mereka dapat menghasilkan lagu berkualiti kerana sebuah lagu adalah bunyi-bunyian yang tidak boleh disentuh, tetapi boleh dirasai." Mungkin itu sebab generasi kami seperti ayah dan Cikgu Sakirin masih mendengar lagu-lagu lama kerana lagunya masih boleh 'dirasai' sehingga saat ini sebagaimana kata-kata Aris Ariwatan, penyanyi lagu 1234.
Kita sentiasa ada lagu untuk didengari kerana lagu ialah cerita hidup yang dapat kita rasa. Rasa ini bukan sepertinya di mulut tetapi bermain dalam hati kita. Apa-apa yang ada di hati kita, apa-apa yang datang dari lubuk hati kita seharusnya sesuatu yang sangat bermakna dan seharusnya menjadikan hidup kita lebih baik, Insya-Allah.
Friday, January 19, 2024
Untung
Saturday, January 6, 2024
Harum
Sudah tujuh hari di tahun Masihi 2024, apakah ada sesuatu yang telah kita capai atau adakah sesuatu yang sedang menginspirasikan kita untuk mencapai sesuatu?
Musim hujan belum reda, walaupun begitu, mesti ada sesuatu yang sedang kita fokuskan. Tatkala berada di Dressrosa, Bartolomeo bertemu dengan idolanya dan dapat bercakap dengan Zoro, dia cukup terharu dan lidahnya agak kelu untuk menyampaikan isi hati kerana teruja. Mungkin itu akan berlaku tatkala berjumpa dengan orang yang kita kagumi atau dengan seseorang yang baru kita kenal. Esok pula 8 Januari, bermula Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan moga sukses buat anak-anak. Diharapkan anak-anak dapat bertutur dengan lancar walau kali pertama bersua dengan pentaksir. Percayalah bahawa anak-anak dapat melakukannya dengan terbaik kerana gementar itu tetap ada pada setiap orang, namun anak-anak telah berlatih sekian lama, Insya- Allah. Ingatlah idola pertama anak-anak, ibu bapa yang sentiasa mendoakan, mereka guru pertama yang tidak jemu melatih anak-anak bercakap. Malam tadi, adik pun beritahu Umi bahawa dia suka bersembang, itu juga satu latihan sebelum diajar bercakap untuk situasi formal.
Sumber inspirasi itu ada di sekeliling kita dan mungkin kita tidak sedar bahawa ada orang di sekitar kita terutamanya ahli keluarga mengidolakan kita. Lakukanlah sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk jadi lebih baik. Apa-apa pun hasilnya tetaplah seharum ros yang sedang berkembang kerana kita telah mencuba sebaik yang mungkin.
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...