Sepanjang 2022 terlalu banyak yang berlaku. Maka, penutupnya tentulah mengimbau kembali perkara yang telah berlaku hasil daripada kerjasama semua orang.
Setiap orang daripada kita amatlah penting kerana tanpa sumbangan kita sesuatu yang dirancang itu tidak akan lengkap. Satu-satu organisasi itu akan berfungsi dengan baik disebabkan sumbangan setiap orang. Kecil atau besar satu-satu sumbangan itu hanya dibentuk oleh pandangan atau perspektif dan setiap yang disumbangkan itu sebenarnya tidak ternilai harganya. Contoh yang cukup mudah, tepukan yang gemuruh hanya akan terhasil daripada tepukan tangan 600 orang, jika hanya 6 orang yang menepuk tangan di dalam majlis yang dihadiri 600 orang, kita sendiri boleh bayangkan hasilnya. Setiap orang memainkan fungsi masing-masing, itulah yang dipanggil saling melengkapi. Seperti kita menyusun permainan susun suai gambar (jigsaw puzzle), jika hilang satu, sudah tidak lengkap dan yang satu itulah selalu dikenang orang atau kita sendiri berbanding yang banyak itu. Pentingnya kita bagai satu yang hilang itu, kerana kita semuanya amat penting walau ada antara kita tidak rasa begitu.
Tahniah untuk semua yang telah menyumbangkan segalanya-galanya. Segala yang disumbangkan akan menjadi memori indah untuk kita supaya terus menyumbang tenaga serta pemikiran sebagaimana motto keramat yang kita pegang dan julang, iaitu Hidup Berjasa.
Translate
Saturday, January 28, 2023
Hidup Berjasa
Tuesday, January 24, 2023
Semangat
Saturday, January 14, 2023
Matang
Sekapur sirih sekacip pinang,
Makan sirih tanda setuju,
Banyak perkara terkenang-kenang,
Tutur bicara mengusik kalbu.
Sambutan Jubli Emas Semsas Dan Jubli Perak Exsas membawakan tokoh-tokoh berjasa kembali ke Semsas.
Dua tokoh Hidup Berjasa kembali ke Semsas, Yang Hormat Dato' Abdul Rahim bin Abdul Hamid, Pengetua Pertama Semsas dan Tan Sri Dato' Seri Abdul Ghafar bin Mahmud, merupakan Guru Semsas, Pengetua ke-9 Semsas dan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. 50 tahun satu masa yang cukup bersejarah. Banyak perkara yang dikenangkan, yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan hari ini. Ada sesuatu yang dikatakan oleh Yang Hormat Dato' Abdul Rahim bin Abdul Hamid berkenaan masalah yang datang atau muncul. Beliau berkata, "Ini bukan masalah, ini cabaran!" Ya, setiap hari cabaran datang, maka menjadi tugas kita untuk mengatasi atau menyelesaikannya.
Mengenang kembali sejarah, banyak perkara yang dapat memberi pengajaran untuk digunakan pada saat ini dan hari-hari yang mendatang. Cabaran yang datang menguji kita dan Insya-Allah akan mematangkan kita dalam membuat segala keputusan.
Sunday, January 8, 2023
Sukses
Hari ini Ahad. Minggu lepas, Ahad permulaan tahun baharu, sekejap saja sudah seminggu.
Selasa lepas permulaan sekolah, perhimpunan rasmi, amanat terakhir Tuan Pengetua, Encik Mazlan, untuk anak-anak Semsas. Beliau mengingatkan bahawa kecemerlangan itu bermula di asrama. Jumaat, hari terakhir Cikgu Nadzirah di Semsas. Kita sememangnya tidak tahu. Kita tak tahu tempat yang akan kita mulakan sesuatu dan kita pun tak tahu pengakhirannya bagaimana dan di mana. Dalam perjalanan ini akan menemukan kita dengan banyak perkara, perkara yang akan menguji kesabaran kita, perkara yang menggembirakan kita, perkara yang menyedihkan kita dan perkara yang kita tak sangka-sangka. Pilihan yang kita ada adalah dengan melaluinya. "Kerana yang berlalu itu tidak akan kembali, maka hidup ini menjadi sangat indah," begitulah kata-kata Emily Dickinson.
Ahad bertemu Ahad, seminggu yang panjang dan penuh cerita yang mungkin ada sesuatu terakam di memori dan menjadi ingatan indah. Moga kita sentiasa sukses walau berada di mana-mana pun, Insya-Allah.
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...