"Jangan manja sangat." Mak ayah dulu jarang beri muka dalam hal disiplin walaupun anaknya memang manja.
Kalau balik dari sekolah, cerita kena denda, cubit, rotan dan sebagainya, mak ayah akan tambah. Kalau dekat rumah malas mandi, getah paip dan penyangkut baju besi boleh jadi 'makanan'. Kadang-kadang akad penyerahan anak-anak boleh berlaku di kedai kopi. Cikgu-cikgu jadi kawan ayah, mengopi sekali. "Tak dengar cakap, rotan!" Cakap cikgu, itu cakap mak ayah juga. Mak ayah tak nak kita jadi manja sangat kerana mereka dulu lagi susah.
Manja memang perlu, perlu ada perlu tempat kerana apabila diperlukan nanti, anak-anak kita sudah ada disiplin dan keberanian untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
2 comments:
Cara mendidik anak dahulu dan sekarang mungkin dah berbeza
banyak juga bezanya...
Post a Comment