Setelah menemui Aidil, kami bergerak ke stesen yang seterusnya, rumah Ateh.
Dalam perjalanan, menikmati cempedak goreng yang masih panas, sedap sungguh. Sampai di rumah Ateh, anak-anak sambung bermain. Selesai di rumah Ateh, menghala ke satu lagi tempat, agak jauh dan agak mendebarkan kerana jalan yang tak dijangka. Tempat yang ditujui terkenal dengan arang kayu bakau, destinasi makan malam walau hari belum malam. Sepetang di Kuala Sepetang untuk makan malam, perjalanan yang agak panjang untuk Mi Udang Mak Jah. Apa-apa pun cukup berbaloi, Alhamdulillah!
Hidup ini memang satu perjalanan. Pagi, tengah hari, petang dan malam, manis dan pahit akan kita temui. Manis dan pahit mendewasakan kita, mematangkan kita dan membuatkan kita menyedari serta memahami erti rasa dalam hidup.
No comments:
Post a Comment