Bangun pagi, ada dua ekor anjing putih bertompok di dalam kawasan pagar rumah.
Ayah buka pintu, seekor anjing lari dan diikuti yang seekor lari ke arah belakang rumah. Sah, seekor ayam mutiara baru sangat diratah dua ekor anjing tersebut. Bulu-bulu ayam berserakan. Hanya tinggal sedikit bahagian dada termasuk kepala. "Patut ada bunyi pelik," kata Umi. Tak pernah lagi anjing masuk dalam kawasan rumah. Ayah masuk rumah. Sebentar, ada bunyi dari arah pokok mempelam. Yang seekor lagi baru terjun, selamat daripada buruan.
Tak ada yang mahu menjadi subjek buruan dalam hidup. Namun, kadang-kadang hidup ini diburu rasa yang pelbagai seperti rasa resah dan rasa bersalah, maka hati ini perlu diisi segera dengan sesuatu yang sentiasa dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta serta memilih tindakan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment