Hidup, hadap dan hidap, 3H dalam kehidupan kita.
Bagi kita yang sedang hidup, Alhamdulillah. Pabila sudah hidup, perlulah kita hadap segala yang datang, baik ataupun buruk. Datang yang baik, ini pun ujian. Datang yang buruk pun bawa hikmah. Hidap penyakit pun sebahagian daripada hidup, tetap perlu dihadap. Setiap detik yang sampai, mahu tak mahu, perlu dihadap dan perlu diisi dengan sesuatu serta telah terisi dengan sesuatu. Perlu direnungkan juga yang telah berlalu sebagai ingatan atau teladan untuk menghadap yang bakal tiba.
Kitalah watak utama yang menghidupkan drama kehidupan ini. Menghadapi dan menghidapi di sepanjang jalan hidup ini, itulah yang menghidupkan kita.
No comments:
Post a Comment