Kadang-kadang kita menyapa, kadang-kadang kita disapa.
Disapa dan menyapa, boleh jadi di alam maya, boleh jadi di alam nyata. Sesekali disapa orang yang dikenali, sesekali disapa orang yang tidak dikenali. Sesekali disapa orang yang dikenali yang sudah lama tak menyapa boleh menimbulkan unsur saspens, sesekali disapa orang yang langsung tidak dikenali boleh juga menimbulkan tanda tanya, sekarang banyaknya di alam maya. Berkali-kali disapa manusia itu sangat biasa, sesekali disapa bukan manusia mungkin sedikit luar biasa atau boleh jadi satu kejutan.
Menyapa dan disapa, boleh mengeratkan ukhuwah, boleh menyelesaikan masalah, Insya-Allah. Menyapa dan disapa, adab perlu dijaga, itu antara manusia.
2 comments:
Ada sapaan yang tak perlu kita layan
ya, begitulah...
Post a Comment