29 Disember 2021, sepanjang perjalanan ke Mentakab melalui pekan Lanchang, banyak debu bertebaran. Kelihatan banyak semak samun dan daun-daun pokok bersalut lumpur.
Air sungai sudah surut. Sampah berlonggok-longgok, begitu juga peralatan atau perabot rumah yang telah rosak. Mempaga Segar masih tutup. Kelihatan masih banyak lumpur, ada yang bertimbun-timbun, ada kepingan yang sudah kering. Ini hanya sebahagian kecil yang dapat dilihat di sini, ada yang lebih dahsyat. Manusia dan mesin bergabung tenaga. Ada yang masih membersihkan rumah, ada juga anak-anak yang sedang menolak kereta sorong, ada jalan yang ditutup untuk diturap tar - cuaca panas. Ada konvoi di jalanan dari negeri lain, mungkin datang membantu mangsa banjir di sini.
Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul, masing-masing bahu-membahu, tak kira sesiapa, semua menyumbang dalam cara tersendiri, nampak atau tak nampak, tetap memberi sumbangan, Alhamdulillah.
1 comment:
bantu membantu untuk meringankan sedikit bebanan mangsa banjir
Post a Comment