Ke rumah terbalik, semuanya pasti terbalik.
Kalau tudung terbalik?
Pagi ini, Ayah memakaikan tudung adik lagi. Sebelum memakaikan tudung, perlu memakaikan anak tudung. Maka, dua tiga hari ini, Ayah mengambil alih tugas Umi setelah Umi mula bekerja. Waktu Ayah sedang memakaikan tudung, Achik datang, beritahu bahawa Mualimah tanya tentang anak tudung Adik yang terbalik, yang bahagian kedut-kedut sepatutnya di belakang, sebab itu mata Adik hampir tertutup. Ayah pun membetulkan semula, jika tidak, hari ini pun anak tudung terbalik. Barulah Adik nampak selesa, tak menarik-narik anak tudung seperti sebelumnya.
Kadang-kadang, ada perkara yang salah nampak sangat kecil sepertinya tidak memberikan kesan tetapi jika diperhalus, apabila perkara itu diubah, dapat memberi keselesaan kepada orang lain dan memberi ilmu baharu kepada kita. Sebab itu bijak pandai tak jemu berpesan, "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."
No comments:
Post a Comment