Translate

Friday, April 16, 2021

Janji

    Janji terpateri, bersemuka di kawasan Masjid Al-Hidayah Permatang Badak.      
    Pak cik Azmy hebat dalam buat skrip dan lakonan teater. Satu ketika, kami bertugas bersama sebagai Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara. Waktu itu, Ayah nak jumpa Opah dan Atuk di masjid Rompin. Pak cik Azmy dan kawan yang lain hantar Ayah ke sana. Di sana, agak lama menunggu, padahal dah berjanji. Ayah hubungi Opah, sudah betul tempatnya di Masjid Rompin, rupa-rupanya yang pisahkan kami  ialah negeri  berbeza. Atuk dan Opah di Masjid Rompin Negeri Sembilan. Ayah, pak cik Azmy dan kawan yang lain di  Masjid Rompin Negeri Pahang.
     'Apa', 'siapa' dan 'di mana' ialah perkara penting dalam perhubungan. 'Sebab apa kita bertemu', 'dengan siapa kita bertemu' dan 'di mana kita bertemu' akan beri pengaruh dalam diri kita sama ada sedar atau tak sedar. Yang penting, pastikan bertemu di tempat yang sama🤭!

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...