Translate
Wednesday, September 30, 2020
Terapi
Tuesday, September 29, 2020
Hidup Berjasa
Monday, September 28, 2020
Rai
Saturday, September 26, 2020
Anugerah
Friday, September 25, 2020
'Moh Weh Rodong Pakat Makan'
Kesukaan
Thursday, September 24, 2020
Eton
Friday, September 18, 2020
Cinta Sakti
Ada masanya, seperti tidak dapat lari dari gedung kenangan silam, terngiang-ngiang lagu 'Cinta Sakti', Def-Gab-C.
"Bintang pasangannya bulan, Langit pasangannya bumi, Malam pasangannya siang, Apa pasangannya mentari?"
Sebut pasal pasangan, orang dulu-dulu amat mahir mencari pasangan untuk makanan. Sirih dimakan dengan pinang. Sate dimakan dengan timun, apabila dikaji, timun itu ada fungsinya tersendiri. Puan Azilia pula memilih brokoli dan kentang putar sebagai pasangan 'braised lamb shank'. Pilihan yang tepat. Antara khasiat brokoli, membantu mencantikkan kulit. Dalam brokoli, terdapat senyawa glucoraphanin yang dapat membantu membaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan (Nur, 21 November 2018, www.rasa.my).
Selamat menjamu selera buat Puan Azilia sekeluarga🤩. 'Cinta Sakti' daripada Zada Food.
Tuesday, September 15, 2020
Manja
Monday, September 14, 2020
Donah
Sunday, September 13, 2020
Tekah
Wednesday, September 9, 2020
Cinta
Monday, September 7, 2020
'Lan Cheese'
Sejak minggu lepas, jalan Indera Sempurna menghala ke Pekan diturap tar baharu. Tinggallah satu lorong saja.
Maka, bersesaklah kenderaan. Sampai di rumah, Umi pun sampai setelah habis mesyuarat.
"Pergi makan," itu keputusan yang dicapai. Bergeraklah kami setelah mengambil Adik. Destinasi makan-makan pun sampai, banyak tempat parkirnya. Tak banyak orang sangat, belum pukul 5 petang, yang menempah sudah banyak, sudah banyak ditulis nama pada plastik. Ayah pesan pisang 'cheese' original, Umi pesan pisang 'cheese' coklat Hershey dan tidak lupa, 'tapau' untuk Along, Angah dan Achik.
Di mana? Ya, di 'Mahkota Foodtruck Station', Indera Mahkota. 'Lan Cheese', boleh dihubungi melalui nombor 013 9221750, di Instagram @lancheeseft. Alhamdulillah, sedap!
Friday, September 4, 2020
Dahi
Ayah pun menjawab telefon. Hana ditimpa kemalangan.
Ayah meninggalkan Ustaz Asri dan seorang lagi rakan di Selera Gergasi. Ayah menuju ke Wad Kecemasan HTAA. Agak lama menungggu, Umi menelefon Ayah. Umi mengisi borang, kemudian mendukung Hana ke tempat pendaftaran. Pada tengah-tengah dahinya masih kesan darah walaupun telah dicuci dan dibersihkan Umi. Hana dihempap seterika yang jatuh sewaktu bermain dengan Along, Angah dan Achik. Sesungguhnya, geruh tak mencium bau. Umi membawanya berjumpa doktor, dahinya digam. Steristrip dan gam glustitch digunakan untuk merawat luka tanpa dijahit (sumber: klinikdrhasbi.com).
Pagi Umi menghantar Along dan Angah ke kelas tae kwan do serta ke sekolah menyiapkan kerja, muncul Atuk dan Wan, membawa sarapan dan melawat Hana. Terima kasih Umi, Atuk dan Wan.
Pidato
Thursday, September 3, 2020
Limau
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...