Translate

Saturday, October 12, 2019

Kehendak

Bangun pagi, mahu makan apa? Bersyukur kita, masih ada makanan, negara pun aman.
     Di hari minggu yang tiada Mingguan Malaysia di sisi, sambil menghirup kopi, ayah membaca berita Astro Awani, masih ada ulasan tentang Belanjawan 2020. Televisyen terpasang. Masih menggunakan aerial. Masih lagi Siaran TV Analog (akan tamat esok -14 Oktober) dan digantikan dengan Siaran TV Digital. Sebentar tadi, ayah telah menghabiskan lempeng  sambal ikan bilis yang dibuat umi.
    Setiap hari, ada sahaja isu atau perkara baharu muncul atau terjadi. Keperluan asas telah dipenuhi, maka akan muncul banyak kehendak. Kehendak sangat sukar untuk dipenuhi selagi tidak mati.

     
       

No comments:

Bermakna

Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan?        Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...