Sepotong kek dinikmati bersama di hari lahir Hana.
Giginya sudah hampir penuh. Rambutnya? Tatkala ini adik sudah memanggil umi 'ami', sebelum ini 'api'😅. Namanya sendiri boleh pula disebut dengan jelas. Dia melangkah sesuka hati, berhenti, berlari, mengikuti abang-abangnya. Sesekali menarik tangan umi, ayah dan abang-abangnya. Kucing? Ya, dia sudah berani bermain dengan kucing, dipeluknya kucing seperti anak patung.
Dalam setahun, banyak perkara yang kita lalui, banyak kejayaan telah dicapai, kadang-kadang kita tidak perasan pun. Kecil atau besar sesuatu pencapaian, hal itu suatu perkara yang baik untuk diri kita kerana peningkatan telah berlaku. Teruskan, jangan berhenti!
Translate
Saturday, October 5, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment