Apabila hari pertama puasa cuti, ramai yang balik kampung.
Anak-anak yang tinggal di asrama cukup gembira kerana dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. Banyak perkara yang boleh dibuat sementara menanti waktu berbuka. Banyak juga permintaan daripada anak-anak sempena Bulan Puasa. Achik dari semalam sudah minta baulu Opah. Semalam tidak ada stok, hari ini Opah sudah buat kerana ada orang tempah kuih baulu. Pagi-pagi tadi pula apabila nampak Opah dan Atuk mahu membeli barang, Angah sudah buat permintaan, dia mahu Buah Melaka. Tadi, dia tolong Opah buat kuih Buah Melaka ditemani Achik.
Masa terluang boleh diisi dengan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anak-anak daripada menyebut 'lapar' sepanjang masa. Jika tidak, ayah pun akan asyik menyebut 'lapar'😅. Jangan abaikan sahur.
Translate
Monday, May 6, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

2 comments:
Alhamdulillah.
Alhamdulillah, sudah satu hari, masih bernafas..
Post a Comment