Satu lagu yang perlu diperdengarkan kepada anak-anak ialah Anak Kecil Main Api supaya mereka mendapat iktibar.
"Nenek moyang kaya raya,Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman."
Ada sesetengah daripada kita terlalu taasub dengan parti politik sehingga sanggup bersengketa sesama sendiri dan menolak kepentingan agama, bangsa dan negara. Demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kita seharusnya bersatu tanpa mengira fahaman politik.
Berbeza pendapat tidak boleh dielakkan, tetapi bersengketa sesama sendiri sehingga menjadi lemah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air suatu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan.
No comments:
Post a Comment