Nampak sangat ayah kurang fokus. Along telah menyebutnya tetapi ayah kurang perhatian. Ayah menyatakan kepada umi kenapa baru beritahu dan umi cakap along telah beritahu sebelum itu lagi.
Gigi tepinya sudah bergoyang, longgar sangat. Ayah pun beritahu bahawa ayah akan membawa ke klinik petang semalam. Umi pun ingat ayah akan membawanya petang semalam. Petang yang ayah maksudkan selepas pukul 5.30. Umi dan along faham 'petang' itu lepas ayah habis kerja dalam pukul 3.20 petang.
Patutlah di dalam kereta sewaktu mahu ke kelas petang dia seperti tidak mahu ke sekolah. "Cakap kena jelas," itu ayah selalu cakap kepada anak murid. Ya, lain kali ayah kena nyatakan 'pukul berapa'. Baru lebih jelas.
Translate
Wednesday, April 18, 2018
Jelas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
2 comments:
Huhu. Btol btol. Kena jelas baru orang faham dn tidak trtanya tanya
Betul2
Post a Comment