"Umi dah balik," jelas kegembiraan pada wajah anak-anak. Ayah pun sama.
Baru ayah tahu langit tinggi ke rendah apabila umi tiada di rumah. Malam itu, angah meragam kerana mahu bermain dengan along, ayah tutup lampu. Dari pukul 11 .30 malam sampai dekat pukul 1.00 pagi. Budak-budak kalau tak dapat bermain, lain macam anginnya. Baru ayah hendak terlelap achik pula mengambil giliran. Kejap nak minum, kejap tak mahu. Kejap nak masuk buai, kejap tak nak masuk buai. Tambah- tambah perutnya masih belum baik sepenuhnya. Dekat pukul 2.00 lebih, baru dia tidur.
Begitulah kerja umi waktu tengah malam. Penat betul ayah rasa. Masa umi ada, ayah kalau sudah dapat bantal, anak menangis tepi kadang-kadang dah tak dengar. Ayah-ayah, jangan lupa tolong isteri jaga anak, bukan jaga anak mak mentua sahaja.
Translate
Thursday, April 12, 2018
Jaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment