Hari ini hari Jumaat. Cuti Awal Muharam 1439H.
Tidak ada dalam perancangan, tiba-tiba umi ajak pergi pantai. Ayah pun suruh along dan angah bersiap. Pantai Kempadang atau Pantai Sepat?
Ayah teringat masa kami datang dengan pak cik Hafiz ke Pantai Sepat suatu masa dahulu, cincin kahwin berwarna kuning ayah turut teruja dengan pantai. Sebaik sahaja menyentuh ombak , cincin ayah pun terlurut dan mengikut ombak pantai. Pak cik Hafiz pun tak balik lagi dari Makkah.
Sampai di Pantai Sepat, orang pun tidak ramai lagi. Dah lama ayah tak mandi laut, umi along, angah, adik pun sama. Ayah bawa adik ke dalam air, adik pun menangis.
Abang dan angah macam biasalah, mula-mula malu-malu dengan ombak, lepas itu, tahu-tahu sahajalah.
Translate
Friday, September 22, 2017
Sepat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment