Angah meminta ayah mengambil topi umi di atas almari. Ayah pun tidak tahu apa-apa tujuannya dan ayah ingat dia hendak pakai.
Ayah pun mengambil topi dan menghulurkan kepadanya. Dia mengambilnya dan kemudian memakaikan topi itu di atas kepala beruang besar.
Dalam laman web prpmv1.dbp.gov.my yang merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ada satu peribahasa, iaitu beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak. Beruang dalam peribahasa ini bukanlah merujuk kepada beruang (binatang) tetapi kata dasarnya ialah ruang.
Ruang dalam peribahasa tersebut merujuk kepada alur manakala nabu bermaksud isi yang menempel pada bijinya. Maksud peribahasa beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak ialah keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh.
Anak-anak pun cukup suka apabila ada beruang besar kerana ada ruang untuk mereka baring di atasnya.
Translate
Sunday, September 10, 2017
Beruang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment