Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan 400 gol di lima liga teratas di Eropah ketika Juventus keciciran mata selepas diikat 1-1 ketika menentang Genoa dalam saingan Seria A, pada Sabtu (Sinar Harian).
Dalam Astro Awani pula, Pearl Wendy Mak, Wang Wen Chien dan Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin memecah tradisi dengan menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Malaysia Airlines. Dalam Nota Jutawan, Nota Motivasi ( Irfan Khairi), dinyatakan bahawa sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha mempelajari tae kwan do, judo, wing chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari.
Sanggupkah kita melalui atau menempuh segala cabaran untuk kejayaan? Menurut Dr. Irfan Khairi (Nota Jutawan, Nota Motivasi), ketika mengejar impian, beliau cuma tidur 3 hingga 4 jam setiap hari.
Translate
Sunday, October 21, 2018
Sanggupkah?
Makhluk Asing
Satu perkara yang disukai anak-anak kecil ialah mereka suka menggunakan mulut atau lidah mereka.
Sikap ingin tahu mereka bukan sahaja diterjemahkan melalui kaki dan tangan tetapi juga mulut. Kalau pegang mainan, mesti mainan digigit atau yang kecil terus dimasukkan ke dalam mulut. Jika pegang jeriji pintu atau tombol pada kerusi, mesti 'ditembabkan' ke mulut. Jika baring di pasar raya, 'selamba' dijilatnya lantai. Jika di rumah, sisa makanan di atas lantai, pasti ada tukang kutip, bukan untuk dibuang tetapi untuk ditelan. Telur lipas pun adik kutip.
Mak ayah yang ada anak kecil, memang kena jadi lipas kudung di rumah atau di mana-mana untuk memastikan tiada 'makhluk asing' masuk dalam mulut anak-anak atau pastikan anak-anak tidak jilat benda yang bukan-bukan sebagai bahan eksperimen mereka. Bukan setakat kaca mata ayah, hidung umi pun jadi mangsa.
Saturday, October 20, 2018
Panjat
Ayah lebih banyak panjat pokok berbanding anak-anak yang lebih banyak panjat tiang.
Kalau di rumah, dah tentu anak-anak panjat jeriji tingkap atau pintu dan pintu pagar rumah. Panjat kerusi atau sofa pun jadi dan lompat ke bawah. Paling tak larat, lompat atas ayah yang tengah baring. Ayah dah lah tak besar mana. Kalau ke taman, seronoklah mereka panjat dan bergayut. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa tentang panjat ialah panjat bersengkelit yang bermaksud sesuatu yang sudah menjadi adat (kebiasaan). Yang lain ialah panjat dedap, maksudnya melakukan sesuatu dengan nekad (berani).
Dah panjat dan bergayut, pandai-pandailah turun. Kalau gayat nak turun, tempat rendah bolehlah ayah angkat dan dukung bawa turun, kalau tinggi, jangan sampai kena panggil bomba atau APM.
Friday, October 19, 2018
5000
Semangat hari Sabtu anak-anak lain macam apabila mahu ikut umi joging di Taman Gelora. Semangatnya mengalahkan nak pergi sekolah.
Adik duduk di dalam kereta sorong. Ramai sungguh orang. Ada yang menyambut Hari Keluarga, ada yang bersenam robik, ramai yang berjoging. Sampai-sampai, ayah berhenti tengok pokok nipah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, nipah atau nama saintifiknya 'nipa fruticans' ialah sejenis tumbuhan (palma yang daunnya dibuat atap atau daun rokok). Ayah jalan kaki sambil tolak kereta sorong adik. Along, angah dan achik joging ikut umi. Sasaran umi ialah 5000 langkah.
Baru 4000 langkah, anak-anak sudah menyebut 'lapar'.
Sebelum ke Teluk Cempedak, sempat ayah dan anak-anak berjalan di atas batu di Taman Gelora. Tengah makan, dikejutkan monyet lapar yang menerpa mencari makan. Mujur monyet agak jauh.
Thursday, October 18, 2018
Rai
Alhamdulillah, masih sempat ayah berada di penghujung 3. Tahun depan jika panjang umur sudah bermula angka 4.
Sewaktu ayah mula-mula sambung belajar dahulu di Tanjung Malim, jika ikut tahun, ayah sudah masuk angka 2 dan jika ikut bulan, di angka penghujung 1. Hari ini pula, di Tanjung Malim, satu kemalangan berlaku melibatkan pelanggaran antara tren kargo dan tren KTM Komuter di Stesen Tanjung Malim pada jam 6.02 pagi Khamis, 18 Oktober (Malik Ridhwan, Astro Awani). Dulu, tak ada lagi komuter dan yang paling ayah rindu, bunyi kereta api lalu. Petang semalam, sempena umur ayah naik lagi, kami ke Kedai Mamak Pokok Ceri. Angah nak makan cendol.
Malam, tengok Venom. Ayah duduk kerusi nombor 14, umi duduk kerusi 18. Tengah, anak-anak. Banyak kali kena cakap, jangan cakap kuat-kuat dan asyik bertukar tempat. Raikan.
Tuesday, October 16, 2018
Sardin
Walaupun ayah dah tua, ayah masih pergi sekolah. Tak banyak sangat yang berubah, terutamanya bilangan murid di dalam kelas.
Waktu ayah sekolah dulu, dalam kelas ayah ada lebih kurang 44 orang, sekarang pun masih ada kelas yang bilangannya begitu. Ada sekali, ayah dapat nombor 42. 'Bijak' kan ayah 😅. Ayah tak suka baca untuk periksa, tapi ayah suka baca untuk tahu. Yang penting dalam hidup, kena dengar cakap cikgu dan dengar pendapat orang lain untuk jadi lebih baik. Masa tingkatan 6, baru merasa pakai kasut hitam dan stoking putih. Masa tu stoking tapak hitam tak ada lagi.
Mesti anak-anak sekolah suka sangat kalau di dalam satu kelas ada 20 orang. Cikgu pun boleh pun beri perhatian sebab tak ramai sangat. 44 orang dah macam duduk di dalam 'tin sardin'. Sardin cap apa ayah tak pasti. Ayah sudah alami keadaan itu dulu.
Monday, October 15, 2018
Pagar
"Ayah, tengok angah ni, cakap asyik terpercik air liur dia!" jerit along yang sedang baca komik.
"Suruh angah buka mulut. Tengok, Angah tak ada 'pagar' belah atas, tu sebab bersembur," jawab ayah sambil gelak. Ayah ingat angah tak faham. Faham rupanya. Dia suruh ayah tengok adik yang hanya baru ada gigi dua batang di bahagian bawah. Sebut pasal pagar, ada beberapa peribahasa tentang pagar. Yang jarang kita dengar ialah memagar diri bagai aur (Minangkabau). Maksudnya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain).
Susah juga jika tidak ada 'pagar'. Rumah pun jika pintu pagar terbuka, kambing pun masuk dan datang dekat muka pintu. Kalau pintu rumah terbuka, silap- silap kambing pun masuk rumah. Nak buat macam mana, kambing ada otak, akal tak ada.
Satu Hari Lagi
Fajar telah tiba nan menyinsing membawa harapan Tanah Semenanjung Tanah Semenanjung permata nilam. Sebentar tadi, Ayah mendengar...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...