Hari khamis abang membawa balik kertas iklan tentang Pameran Pendidikan Seni Dinosaur.
Pameran di Kuantan Parade ini bermula 30 September hingga 3 Oktober 2016, jam 10 pagi hingga 10 malam. Bayaran masuk kanak- kanak RM 4 dan dewasa RM 8.
Jumaat malam Sabtu ayah dan emak membawa anak-anak ke Pameran Dinosaur itu. Seperti biasa, ayah jenuh mengejar adik. Panjang barisan di hadapan khemah.
Ramai yang bergambar dengan replika T-Rex yang besar di hadapan khemah. Sebaik sahaja masuk, abang dan angah memakai kaca mata 3D untuk melihat dinosour yang berlari skrin televisyen. Ayah pun mencubanya dan dinosaur seperti betul-betul dekat di hadapan ayah.
Ayah mendukung adik. Keadaan di dalam khemah yang menempatkan dinosaur itu agak gelap dan pencahayaannya mengggunakan cahaya kuning yang agak suram untuk menimbulkan keadaan yang lebih nyata.
Emak seperti dalam cerita 'Night at The Museum' menerangkan kepada abang jenis-jenis dinosaur sambil menjawab soalan tentang dinosaur dalam kertas yang diberikan. Ada pula anak kecil lain yang mengekor mendengar penjelasan emak.
Terdapat beberapa ekor replika dinosaur yang besar dan sebahagian replika kecil yang ditempatkan dalam kaca. Akhirnya, emak dan menemukan telur dinosaur yang besar di tepi pintu keluar dan jawapan pun telah siap diisi.
Translate
Friday, September 30, 2016
Telur
Thursday, September 29, 2016
Sebelah
Kami memilih tempat yang menghadap televisyen. Kemudian, kami kecuali angah ke tempat ikan-ikan, sotong, ketam dan siput-siput untuk memilih yang menepati selera malam ini.
Emak menjentik-jentik kulit ketam untuk mendengar bunyi bagi memastikan ketam itu berisi. Dua ekor sotong sederhana besar dipilih emak untuk dibuat sotong goreng tepung. Ketam dibuat ketam telur masin. Setelah duduk, air barli suam menjadi pilihan.
Adik mula ke hulu ke hilir. Dia berhenti duduk berjongkok melihat kucing. Sotong goreng tepung sampai, masing-masing mengisi perut. Air sampai lebih awal. Anak-anak suka makan barli yang mendap di dasar gelas.
Ketam pun tiba. Emak menyuap anak- anak makan ketam. Ayah mengawasi adik yang panjang langkahnya.Adik kembali ke meja dan ayah pun duduk menggigit kaki ketam.
Abang pun menyertai adik bermain. Dia memakai selipar. Dia menyarungkan selipar dengan kakinya yang berselipar. Dua selipar dipakainya sekali gus. Emak berhenti makan. Ayah menghabiskan ketam sambil menyuapkan isi ketam ke mulut angah.
Adik serba tidak kena. Dia menggonyoh-gonyoh matanya serta merengek. Ibu mengambil kunci kereta membawa adik ke dalam kereta. Abang mengekor daripada belakang.
Usai menikmati juadah, melilau ayah mencari sebelah lagi selipar ayah dan tidak dapat dikesan. Ayah ke kaunter membayar dengan selipar yang sebelah. Ayah mendukung angah ke kereta. Abang tersengih. Selipar ayah di tempat duduk belakang katanya.
Wednesday, September 28, 2016
Jilat
Ayah, emak dan anak-anak ke East Coast Mall yang berhadapan dengan Hotel Zenith. Anak- anak cukup gembira berada di kompleks beli-belah. Ayah turut berlari seperti mereka agar mereka tidak terlepas daripada pandangan ayah.
Adik pula pantang melihat eskalator. Dia akan meluru ke arah eskalator dan ayah meluru ke arahnya lalu mencempungnya. Dia tidak berhenti tersengih. Abang-abangnya pula melihat kompleks beli-belah ini bagaikan trek larian di padang.
Mereka berlari dan kadangkala sengaja menjatuhkan diri.Adik pun menjatuhkan diri kerana meniru abang-abangnya dan ayah cepat-cepat mengangkatnya kerana dia menjilat lantai pasar raya.
Akhirnya, abang-abangnya berjumpa dengan Pikachu yang besar tetapi pokemon yang ini tidak boleh ditangkap oleh aplikasi permainan Pokemon Go.
Pokemon Go dihasilkan Niantic Labs, yang diasaskan oleh John Hanke, 49 tahun. John Hanke ialah orang yang membina Google Maps dan Google Street View (sumber: Dewan Masyarakat, September 2016).
Meragam
"Ini botol adik!," kata abang. Dia merampas botol yang dihisapnya adiknya dan menghulur botol pada tangannya.
Ada ketikanya adik mengambil botol susu dan menyambung menghisap susu dan sekarang dia sudah pandai merajuk.
Berurusan dengan anak kecil sedikit sukar kerana bagi dia, kita perlu mengikut arahan atau kehendaknya. Jika tidak diikuti, akan berpanjanganlah ragamnya dan adik akan menjadi mangsa.
Ayah dan emak perlu lebih kreatif untuk menyelesaikan perkara yang timbul dengan cepat supaya segalanya tidak berlarutan.
Bergembiralah ayah untuk menghadapinya kerana jika ayah tidak gembira, ayah pun akan meragam macam anak-anak dan anak-anak yang meragam berhenti meragam melihat ayah pula yang meragam.
Tuesday, September 27, 2016
Tidak Nampak
Apabila adik hendak bermain bersama-sama abang, abang selalunya merasakan adik mahu mengganggu mereka. Adik masih tidak memahami apa-apa yang dimainkan abang-abang.
Apabila abang melarikan diri atau
menolak adik ke tepi, adik seperti memahami dan dia turut melarikan diri. Ada masanya ayah melarikan adik untuk mengelakkan ketegangan. Kadang-kadang adik bermain seorang diri setelah angah dan along hanya bermain sesama mereka.
Adik pun masuk ke dalam bakul mainan yang muat-muat untuk dirinya sahaja dan menyuruh ayah menolak dan menariknya yang berada di dalam bakul. Selalunya dia masuk dalam bakul besar.Adik berasa cukup seronok.
Setelah dia jemu duduk di dalam bakul, bakul itu 'disarungkan' seperti topeng. Bahagian kepala dan mukanya ditutupi bakul kecil. Dia berjalan dalam keadaan tidak nampak dan mujur tidak terlentang melanggar sofa.
Monday, September 26, 2016
Sengih
Pagi ini adik bangun awal. Tersengih dia masuk ke dalam bilik membawa kereta tolaknya.
Semua benda mahu dimasukkan ke dalam tempat menyimpan barang yang terdapat di bawah tempat duduknya yang boleh diangkat itu.
Mungkin selepas ini, botol susu, kaca mata ayah, kunci yang tertinggal di atas sofa dan apa-apa sahaja yang boleh muat di dalamnya perlu dicari di situ jika ayah tidak menemukannya.
Saturday, September 24, 2016
Selop
Kasut, selipar, sandal, selop, sepatu, dan capal semuanya adik suka. Ada masanya selipar Jepun ada di ruang tamu.
Kasutnya sendiri pun dibuat main. Emak menemukan sebelah lagi kasut adik di dalam laci permainan setelah ayah dan emak menyelongkar satu rumah mencari kasutnya itu.
Ada masanya, capal ayah kehujanan kerana adik memakainya dan meninggalkan di kawasan rumput karpet. Satu pagi, ayah mencari kasut kerja ayah dan mendapati kasut ayah berada di tepi kereta.
Setelah membuka pintu rumah, ayah sudah nampak kasut sukan emak yang berwarna merah jambu di depan pintu pagar luar. Apabila abang membuka pintu rak kasut, adik juga turut sama 'sibuk' mengeluarkan satu- persatu kasut yang ada di dalamnya.
Yang membuatkan ayah berlari mendapatkannya apabila dia mula menggigit selipar.
Benar
Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...