"Ayah, nak susu," kata angah.
"Pergi ambil botol," balas ayah.
"Ayah ni, angah dah nak lima tahun, tak kan minum dalam botol lagi," sambungnya.
Sebenarnya, bulan ini umurnya baru mencecah empat tahun.Kata emak, sejak semalam dia minta susu di dalam cawan.
Kemudian, dia membawa susunya perlahan-lahan ke hadapan televisyen menonton Upin dan Ipin.
Translate
Sunday, November 6, 2016
Susu
Doa
Musim hujan bermula. Hujan datang tidak diduga. Apabila hujan turun, automatik perut mulai berkeroncong atau itu sudah lama menjadi satu kepercayaan.
Kopi 'o' 888 cicah biskut Lexus Munchy's cukup sedap. Emak begitu berselera. Anak-anak makan ayam goreng Ayamas Lemon Grass Crispy dengan Kicap Melaka. Ditambah pula sambil menonton video klip Hang Pi Mana, Khalifah, anak-anak menggelekek menontonnya.
Ingatlah bahawa antara waktu yang baik untuk berdoa ialah ketika hujan turun.
Friday, November 4, 2016
Mendikai
Siapakah yang tidak mahu berat badan berkurangan? Cara ini ayah jumpa dalam vitdaily.com yang merujuk 'medical news today'.
Menurut vitdaily.com, buah ini jika dimakan dalam kuanti berkala, buah ini boleh menjadi pengganti makanan harian kerana tidak berminyak dan tiada mengandungi kolestrol. Buah ini juga dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan atlet.
Ada yang memanggilnya mendelikai. Ada yang menyebutnya mendikai. Ada yang menggelarnya semangka. Banyak juga yang mengenalinya dengan nama timun cina. Anak-anak mungkin ada yang panggil temikai. Kebiasaannya disebut tembikai.
Untuk anak-anak ayah juga bagus bagi membantu penghadaman. Dalam masa yang sama, pastikan tembikai untuk mereka sama besar kerana mereka cukup berkira dengan saiz kerana jika tidak sama saiz, itu satu masalah besar bagi mereka.
Atasi
The Karate Kid alaf baru tidak pernah menjemukan-"Kenapakah kamu mahu meneruskan?" - "Kerana saya masih berasa takut."
Ketakutan hanya boleh diatasi dengan ilmu. Jadi, anak-anak ayah perlu belajar banyak perkara untuk mengatasi ketakutan.
Thursday, November 3, 2016
Dadu
Sejak balik tadi, abang ajak ayah main dam ular.
Ayah menyuruh along main dam ular dengan angah sementara ayah mengutip permainan dan buku yang bertabur di atas lantai. Dia mahu main dengan ayah juga dan tidak mahu main dengan angah.
Emak pula hari ini ke hospital untuk dipakaikan'holter' dan terpaksa memakainya selama 24 jam. Usai makan biskut cicah teh 'o', dilihatnya ayah duduk di sofa dan pada tangan ayah ada telefon pintar.
"Tadi ayah janji nak main dam ular," kata abang. Abang pun bermain dam ular dengan ayah. Baru sahaja memulakan permainan, adik datang.Kecoh seketika.
Permainan terhenti di situ setelah buah dadu hilang entah ke mana-mana.
Tuesday, November 1, 2016
89
Gigi baharu abang baru tumbuh. Tumbuh di hadapan bahagian bawah di belakang gigi susu.
Angah secara sukarela menawarkan dirinya untuk berjumpa dengan doktor. Maka, semalam, berangkatlah kami ke klinik gigi di UTC Kuantan.
Adik mengantuk. Dia menangis. Satu klinik dipenuhi tangisannya dan emak memujuk dengan mendukung adik ke tempat lain. Setelah nombor 89 dipanggil, ayah membawa masuk mereka berdua.
Angah dahulu menghadap doktor. "Tadi makan ayam ke? Ni ada ayam dalam lubang gigi," tanya doktor yang sebelum itu bertanya tentang sekolahnya. Ada empat lubang dan yang ditampal hanya satu gigi angah terlebih dahulu.
Selesai angah, giliran abang pula. Gigi abang masih kuat dan belum longgar sepenuhnya. Jadi, terpaksa dicucuk terlebih dahulu. Sebelum itu, doktor juga berbual dengannya.
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Sewaktu singgah di Taman Teruntum, angah tidak mahu makan ayam kerana katanya doktor tidak membenarkan makan ayam dan mungkin dia faham lain sewaktu berbual dengan doktor.
Kedua-duanya berlari ke taman permainan dalam hujan renyai-renyai.
Lapar
"Nak mandi kolam cepat, tak payah singgah kat mana-mana, dua jam setengah sampailah ke Kuala Terengganu," kata emak.
"Ayah tak payah berhenti, nanti cepat sampai boleh mandi kolam," kata abang kepada ayah.
Ya, abang begitu fokus kepada matlamatnya. Emak pula dapat 'membaca' matlamat angah. Anak-anak pantang nampak 'kedai hijau'. Asal nampak 'kedai hijau' perut yang kenyang menjadi lapar. Macam-macam makanan ada di situ.
Jadi, hari itu, ayah tidak berhenti di mana-mana kedai dan hanya berhenti setelah tangki minyak memberikan isyarat lapar. Pada masa itu, minyak belum naik harga menjadi seringgit sembilan puluh lima sen.
'Kedai hijau' itu Petronas.
Benar
Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...