Translate

Friday, September 9, 2016

Kejar

                    Woof! woof!
                    Woof! woof!

Tidak henti-henti salakan anjing. Sejak tadi lagi anjing berbunyi. Jika di kampung, pagi-pagi yang galak berkokok si jalak (kata abang ayam jantan di panggil si jalak) dan yang bermulut murai berkericau, tentulah cik murai.
      " Cuba abang pergi tengok anjing tu," ayah mengusik.
       " Mana boleh. Anjing kan kejar orang yang  tak dikenali,"balas abang.
     Agak-agaknya apakah jawapan ayah dan orang lain? Itu jawapan budak darjah satu.

Tinggal

               Buai laju-laju,
                    Sampai pokok sena,
               Balik raya jangan laju,
                    Raya pasti kan tiba.

Aidiladha menjelang tiba. Cuti sekolah pun dah bermula. Masing-masing dah ada perancangan.
     Jangan ada barang penting yang tertinggal. Jangan ada yang kemas barang dalam beg lain, bawa masuk ke dalam kereta beg lain. Jangan ada yang kemas barang dalam  kereta lain, balik ke kampung naik kereta lain. Jangan ada yang dah sampai ke simpang empat, berpatah balik kerana anak tertinggal  di dalam buaian.
     Selamat bercuti raya korban ayah ucapkan.

Ujian

Yang seorang sudah berumur tujuh tahun. Yang seorang lagi tidak lama lagi mencecah angka empat.
     Abangnya sudah mula pandai mengalah. Si adik masih tidak 'reti bahasa' dan sentiasa mahu menang. Apabila abang selalu mengalah, ada masanya dia akan naik angin kerana menganggap emak dan ayah selalu memenangkan adik.
       Apabila dua-dua buat perangai, emak dan ayah mula pening kepala. Masing-masing tidak mahu mengalah dan pergaduhan tercetus. Masa ini amarah cukup dicabar. Ada masa tewas, ada masa menang tatkala diserang amarah.
         Anak-anak itu satu ujian.

Fikir

Ayah bergegas keluar untuk ke sekolah. Ayah membuka pintu kereta dan menutupnya.
       Ayah mengundurkan kereta ke arah jalan. Kemudian, ayah menoleh ke kiri dan menoleh ke belakang.
       Ayah memandu kembali kereta ke dalam garaj. Dari dalam kereta ayah nampak along melambai-lambaikan tangan dari dalam kereta Alza.
        Ayah keluar dari perut Myvi. Ayah masuk ke dalam perut Alza. Ayah silap memandu kereta. Angah masih lena di kerusi belakang.
         Ayah cakap kepada along ayah terlalu banyak berfikir sampai silap naik kereta.

Wednesday, September 7, 2016

Hibernasi

Beruang kelabu tinggal di Banjaran Rocky. Beruang kelabu mendapat nama ini kerana mempunyai bulu kelabu. Panjang badannya 1.2 meter hingga 2.5 meter.
    Beruang akan berhibernasi pada musim sejuk kerana kekurangan makanan. Berhibernasi bermaksud tidur sepanjang musim sejuk.
     Pada zaman persekolahan, ramai yang 'berhibernasi' di dalam kelas  tak kira masa sejuk atau panas, terutamanya pelajar asrama, termasuklah ayah.

Mengapa?


            Mengapa aku mudah terlupa
            Janji-janji kita kali pertama

Mengapa? Ini lagu Awie. 'Ingatkan Dia' tajuk lagu ini. 'WHY? -Haiwan'  pula tajuk buku yang ayah telaah malam ini. Komik Berasaskan Sains ini terbitan Orbit Buku.
    Komik ini mengatakan bahawa jika mahu pandai dalam bidang sains, gunakan soalan 'Why?' kepada perkara di sekeliling kita. Katanya lagi, Sains wujud daripada sifat ingin tahu kita.
    Dalam buku ini mengatakan panjang badan katak goliath ialah 30 hingga 33 cm. Katak  ini yang terbesar di dunia dan hidup di kawasan iklim hujan tropika di Cameroon, Afrika Barat.
     Ayah,emak, along, angah dan adik memborong buku ini di pesta buku di Hotel Zenith."Mengapakah dia memakai selipar jepun berwarna hijau?" Ya, malam itu ayah datang berselipar Jepun.
       Yang ayah pasti ada mata yang memandang bukan disebabkan warnanya seperti sesetengah katak, tetapi disebabkan selipar Jepun.
      Zaman sekarang, selipar Jepun hanya banyak di tandas.

Sunday, September 4, 2016

Murah

Angah sudah melelapkan matanya setelah botol susunya kosong. Along mengekor emak pergi membeli Mamy Poko. Hujung minggu selalunya harganya lebih murah.
    Adik sekejap-sekejap main cuping telinga ayah. Sekejap-sekejap tarik janggut ayah. Sekejap-sekejap main telinga sendiri. Matanya separa terpejam.
     Angah tidur di belakang. Adik di atas ribaan ayah di kerusi sebelah pemandu. Mulut adik masih menghisap botol. Akhirnya, dia pun memejamkan mata.
     Ayah memandang ke luar. Di sebelah pasar raya Giant ini akan dibuka kedai buku MBS. Ayah bukan boleh tengok kedai buku, wajib pergi.
    Emak dan along sampai. Tidak ada lampin pakai buang. Milo pun kehabisan stok. Semua orang tunggu harga murah untuk membeli.

Benar

Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu  pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...