Translate

Monday, February 16, 2026

Rasa

Kata Opah, "Tiba-tiba rasa nak makan lempeng kelapa."
      Maka, tak lama kemudian, sebahagian cucu Opah ada yang sudah berada di meja makan, ada yang sedang menunggu lempeng kelapa yang masih di atas dapur, ada yang selesai makan dan mahu menambah lagi lempeng kelapa, laris sekali. Ada yang mencicah dengan susu dan Ayah memilih kuah kari, masakan tengah hari Opah tadi. Hujan baru seriat (reda), lempeng kelapa pula panas-panas, ditambah dengan kopi 'o' dan teh 'o', hidangan petang yang sangat menyelerakan. Tatkala Ayah menaip 'lempeng kelapa' di Google, maka terbitlah perkataan 'pek nga', ya itulah yang dipanggil di Kedah menurut Opah.
       Rasa itu boleh diterjemah menjadi tindakan dan ada hasilnya. Rasa itu juga boleh ditelan begitu saja dan sekadar menjadi luahan. Rasa itu boleh bergantung dan terpulang pada kita.


         
       

1 comment:

Warisan Petani said...

Sedapnyer lempeng kelapa

Rasa

Kata Opah, "Tiba-tiba rasa nak makan lempeng kelapa."       Maka, tak lama kemudian, sebahagian cucu Opah ada yang sudah berada d...