Translate

Thursday, February 19, 2026

Rai

Dua Ramadan, Jumaat pertama Ramadan, 20 Februari 2026, cuti sekolah, rumput dan tanah masih basah, ya, hujan sudah membasahi bumi banyak hari. Penyidai dan pakaian bertambah, lambat kering.
       Di luar masih mendung, sebahagian pakaian disidai Opah di dalam rumah, di sudut di tepi tingkap. Emir yang sudah mandi berpusing-pusing sejak tadi mencari seluar kering. Awal  lagi Hana, Eshal dan Safiyah mandi, nampaknya kegembiraan bersama-sama mengatasi kesejukan air kolah. Oh, Emir sudah di depan televisyen,  bersedia dengan Ziyaad untuk bermain bola sepak. Nampaknya, apabila kegembiraan atau keterujaan mengatasi segala-galanya, secara sendiri atau bersama-sama, apa-apa yang datang itu bukan lagi menjadi halangan walau dari sudut pandang yang lain itu mungkin satu halangan besar.
       Untuk memulakan sesuatu, kita memerlukan kegembiraan atau keterujaan, namun ada juga masa kegembiraan atau keterujaan itu datang setelah kita memulakan langkah pertama. Raikan hidup!


No comments:

Rai

Dua Ramadan, Jumaat pertama Ramadan, 20 Februari 2026 , cuti sekolah, rumput dan tanah masih basah, ya, hujan sudah membasahi bumi banyak h...