Kuantan yang bertukar-tukar cahaya dari jauh, semakin riuh menanti detik 12 tengah malam, menanti tahun baharu bersama dengan harapan baharu.
Anak-anak tetaplah gembira di mana-mana asalkan dapat bermain, mengejar buih sabun pun sudah sangat menyeronokkan. Yang meniupnya tentulah Ayah. Bau kopi di mana-mana bertebaran, kopi boleh mengumpulkan semua orang, begitu juga yang mahu menanti hari baharu. Sesuatu yang baharu kebiasaannya dinanti-nantikan dan mahu diraikan, begitulah selalunya. Detik semakin berganjak, semakin banyak yang tidak mahu berganjak, mahu meraikan detik yang ditunggu-tunggu sambil mengopi, makan-makan dan borak-borak. Masing-masing ingin mengabadikan malam terakhir 2024 dengan sesuatu yang boleh dikenang.
Setahun yang hampir berlalu, meninggalkan pahit manis, pastilah merakam jutaan kisah yang menyentuh rasa. Semuanya akan menjadikan kita lebih rasional dalam menempuh tahun baharu yang akan melakar cerita baharu. 1 Rejab 1446 Hijrah juga jatuh pada 1 Januari. Moga segalanya menjadi lebih baik, Insya-Allah. Selamat Tahun Baharu 2025.
Translate
Tuesday, December 31, 2024
Selamat Tahun Baharu 2025
Wednesday, December 25, 2024
Rancang dan Kenang
Musim hujan, musim buah dan Opah tetaplah gigih menyiapkan tempahan yang datang macam biasa - baulu, karas dan peneram.
Anak-anak mengekori Opah ke kedai. Atuk balik dari kedai membawa satu sarang telur, satu sarang telur yang dibeli semalam sudah habis. Along mengambil alih tugas Ayah menyapu sampah. Malaysia Hari Ini pula pagi ini mengenang tragedi tsunami 20 tahun lalu dengan menemu ramah kembali mangsa yang terlibat. Banyak juga perkara atau peristiwa yang telah berlalu, yang mesti dikenang untuk dijadikan sempadan sebagai bekalan untuk menempuh hari yang lebih baik. Beberapa hari saja lagi tahun baharu akan menjelma, sudah pasti banyak perkara yang telah dirancang dan muncul dalam kepala.
Rancang dan kenang satu proses yang sentiasa kita tempuhi. Rancang sesuatu yang baharu, kita mungkin akan bertemu halangan yang baharu dan mengenang pengajaran dan kejayaan yang lalu membuatkan kita lebih gigih menghadapi yang tak diundang dan memahami bahawa hidup sememangnya ujian untuk kita.
Friday, December 20, 2024
Warna-warni Kehidupan
Saturday, December 14, 2024
Rasa Nikmat
Jumaat, Alhamdulillah, Cikgu Amir menjamu nasi lemak, semalam panaskan roti canai segera, hari ini pau lambat dimasak sedikit, dalam masa yang masa, sejak semalam, Achik buka kedai roti.
Ya, siapa-siapa mahu roti bakar, dibakar Achik, kemudian disapu Planta dan ditabur lada hitam. Roti tinggal sekeping pun berebut, riuh satu rumah, maka terpaksalah Ayah ke kedai untuk menambah stok roti di kedai Achik. Pagi ini Adik lapar sangat, awal lagi dia buka kedai roti, untuk dia makan sendiri. Roti habis, Planta atau marjerin habis dan lada hitam habis akan disebut selalu sampai tak larat nak dengar. Ada masa juga roti seperti tidak mahu disentuh, maka Ayahlah yang akan buka kedai, buat roti telur atau roti bakar telur goyang. Teringat pula sewaktu di Hospital Selayang dulu, setelah boleh makan, sarapan paginya roti ditambah Planta atau jem, rasa sangat menyelerakan.
Bangun pagi ada makanan, dapat makan setiap hari, satu nikmat yang besar, apatah lagi ada selera dan ada gigi, itu pun nikmat yang sangat besar. Tak ada selera, sesedap mana pun makanan yang kita ada, tak terasa nikmatnya. Beryukurlah kita masih punya makanan dan masih punya selera, Alhamdulillah.
Thursday, December 12, 2024
Daerah Kenangan
Friday, December 6, 2024
Sampai Waktunya
Monday, December 2, 2024
Indah Anugerah
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...