1 Muharam 1444 Hijrah bersamaan 30 Julai 2022 perjalanan bermula.
Kali ini tidak melalui Batang Kali. Berhenti di perhentian Behrang, menjamah bekal yang disediakan Opah, berjanji temu Tok Chik Liza dan Mbah Man di situ. Makan nasi berlaukkan ikan kering dan lauk lain, sudah lama tidak berkelah begini. Ada pula ular yang bermain-main di tepi bukit berhampiran, menimbulkan
rasa cemas dan ingin tahu anak. "Ular lidi" kata Atuk. Ada satu peribahasa Melayu yang berbunyi 'naga ditelan ular lidi', maksudnya ialah anak orang bangsawan berkahwin dengan anak orang kebanyakan. Jadi, sambil makan, anak-anak ralit tengok ular lidi yang sekejap muncul sekejap menghilang.
Perjalanan selalu menemukan kita dengan sesuatu yang baharu. Sedikit atau banyak sesuatu yang ditemui, tetap akan menjadi pengalaman yang bernilai kerana pengalaman sentiasa ada gunanya untuk kita.
1 comment:
Selamat beriadah
Post a Comment