24 Mac 2022, hari istimewa untuk Umi dan Achik. Isnin, 21 Mac 2022 pula, banyak yang baru melangkah ke sekolah.
Banyak ibu bapa turun padang, memerhati anak-anak yang kali pertama ke sekolah dari luar pagar. Cikgu-cikgu pun datangnya awal, menyambut anak-anak yang pelbagai ragam. Ada yang nampak takut-takut, ada yang deras mengalir air matanya, ada yang mengalir deras air mata sekali dengan deras suara, ada yang nampak seperti sudah biasa dan ada yang nampak mudah menyesuaikan diri. Memanglah tak sama, maka pendekatan ibu bapa dan cikgu-cikgu pun tak sama dalam menangani tingkah yang berbeza. Begitulah hari pertama, agak banyak cabarannya dan kesabaran amatlah diperlukan.
Melangkah ke tempat baharu, itu yang akan kita hadapi dalam kehidupan. Melangkah ke tempat baharu biasa akan menemukan kita dengan perkara-perkara baharu untuk menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik dan bermakna, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment