Lepas Zuhur 21 Disember 2021, menghampiri pukul dua petang, kami sudah di Komplek Makanan Medan Renong Padang Kota.
Banyak orang, ditambah dengan hujan, pergerakan tidaklah selancar yang diharapkan. Alhamdulillah, hujan tetap membawa rezeki, ada juga tempat kosong. Hujan, mulalah perut lapar kembali walau sudah dijamu di rumah Tok Mami dan arwah Tok Mamu. Beratur di kedai Hussain Penang Famous untuk menapau pasembur, ralit dan rambang mata mahu memilih bahan yang bersusun-susun untuk dipotong dan disatukan menjadi pasembur.
Di sebelahnya kedai Sabina Makanan Laut, sotong kangkung dan kerang bakar dipesan. Acara makan bermula, anak-anak gembira benar mengopek kerang bakar.
No comments:
Post a Comment