2 Januari 2022, Selamat Bersara buat Puan Yunnalis.
Tempoh hari, 4 Disember 2021, Majlis Limpahan Budi, Kasih Terpateri, Jasa Abadi Semsas diadakan. Yang diraikan, Puan Hajah Hasmawati Abu Bakar dan Puan Yunnalis Mohammad Karoni. Lama di Semsas, sejak mula mengajar dan berakhir mengajar pun di sini, 'Hidup Berjasa' inilah gambaran yang paling tepat dan sinonim dengan warga Semsas. Puan Hasmawati, pernah belajar dua tahun di sini dan kembali mengajar selama 31 tahun di sini, tentu panjang kisahnya. 30 tahun 7 bulan berkhidmat di Semsas bagi Cikgu Yunnalis atau dengan nama Kak Yun dalam kalangan cikgu junior, pasti banyak ceritanya.
Sesungguhnya pertemuan itu milik perpisahan. Namun sebenarnya, setiap pagi dalam hidup kita, setiap hari dalam hidup kita ialah episod baharu yang harus dilalui dan disyukuri. Kita berpisah dengan semalam, kita bertemu dengan hari ini, Insya-Allah.
2 comments:
Selamat bersara buat mereka
Title cikgu tetap dibawa
Ya, semua orang ialah cikgu...
Post a Comment