Pemimpin silih berganti. Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah jadi Menteri Kanan.
Pemimpin perlu berkorban untuk kesejahteraan tanah air, begitu juga rakyat. Dalam suasana bergolak disebabkan wabak, kesejahteraan seperti dululah yang kita idamkan. Aplikasi pun dinamakan 'MySejahtera', walaupun ada 'pergolakan' di situ, separuh Bahasa Melayu dan separuh lagi Bahasa Inggeris, 'sejahtera' itulah yang kita semua idamkan. Demi kesejahteraan, banyak ikhtiar dilaksanakan dan banyak perkara perlu dikorbankan. Persepsi atau pandangan sememangnya tak dapat dielakkan kerana wabak ini melibatkan kegiatan ekonomi, iaitu punca pendapatan rakyat untuk menyara keluarga. Yang bekerja sendirilah yang paling terkesan.
Pengorbanan sememangnya diperlukan untuk memberikan kesejahteraan kepada semua. Dalam masa yang sama, kita tidak mahu ada yang 'terkorban' sebelum sampai masanya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
No comments:
Post a Comment