Setahun yang lepas, pada tarikh keramat ini, 9 Mei, rakyat memilih.
Demokrasi, kita mesti memilih. Dalam tempoh setahun ini, banyak perkara yang berlaku dan mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap pilihan mereka. Ramai yakin pilihan mereka tepat. Ada yang mula rasa was-was dan sangsi dengan pilihan mereka. Ada pula yang rasa tersalah langkah memilih. Ada juga yang rasa pilihan mereka tidak mengubah apa-apa. Ada yang pada mulanya gembira dan akhirnya kecewa dengan yang dipilih. Adanya yang pada mulanya kecewa dan akhirnya gembira dengan yang dipilih.
Pilihan pastinya memberikan kesan. Kesan itu boleh jadi kesan jangka masa pendek atau kesan jangka masa panjang. Pilihan itu juga boleh memberi manfaat dan boleh memberi mudarat. Fikirlah secara waras sebelum memilih.
Translate
Thursday, May 9, 2019
Wednesday, May 8, 2019
Bangkit
Bangkit! Itu yang boleh ayah katakan setelah melihat keputusan antara Liverpool menentang Barcelona dalam Instagram Faizal Tahir waktu bangkit sahur tadi.
Melihat keputusan 3 gol tidak berbalas sewaktu perlawanan pertama, pelbagai andaian telah dibuat. Realitinya, tidak ada yang mustahil selagi boleh berusaha, selagi ada masa, selagi ada ruang dan peluang. Kerjasama pula memainkan peranan penting dalam merebut ruang dan peluang. Selagi berpegang pada matlamat yang sama dan mencapai kata sepakat, Insya-Allah kerjasama akan terus berlangsung.
Jika kata sepakat tidak dicapai, tujuh kali pusing bazar Ramadan pun belum tentu beli apa-apa kerana tidak tahu juadah yang ingin dibeli. Selamat membeli bagi yang membeli!

Monday, May 6, 2019
Nafsu
Opah membekalkan Vitagen dan kuih baulu untuk Achik.
Mak Long Pah membekalkan sambal hitam sebab umi suka makan, boleh makan waktu berbuka. Maka cabaran pun bermula tatkala menuju ke Kuantan. Achik belum makan, jadi dimulakan dengan Vitagen dan seterusnya kuih baulu. Angah berbunyi tetapi tidaklah sampai mahu berbuka. Along membaca buku.
Hidup ini penuh cabaran dan sentiasa diuji. Jika tidak diuji, bukan kehidupanlah namanya. Besar atau kecil sesuatu cabaran atau ujian akan menguji kesabaran kita. Cabaran atau ujian sentiasa menguji kesabaran. Jika tidak ada syaitan, nafsu masih ada.

Lapar
Apabila hari pertama puasa cuti, ramai yang balik kampung.
Anak-anak yang tinggal di asrama cukup gembira kerana dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. Banyak perkara yang boleh dibuat sementara menanti waktu berbuka. Banyak juga permintaan daripada anak-anak sempena Bulan Puasa. Achik dari semalam sudah minta baulu Opah. Semalam tidak ada stok, hari ini Opah sudah buat kerana ada orang tempah kuih baulu. Pagi-pagi tadi pula apabila nampak Opah dan Atuk mahu membeli barang, Angah sudah buat permintaan, dia mahu Buah Melaka. Tadi, dia tolong Opah buat kuih Buah Melaka ditemani Achik.
Masa terluang boleh diisi dengan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anak-anak daripada menyebut 'lapar' sepanjang masa. Jika tidak, ayah pun akan asyik menyebut 'lapar'😅. Jangan abaikan sahur.

Saturday, May 4, 2019
Amal
Umi ke tempat kerja menguruskan hari sukan. Dalam pukul 9, ayah hantar Along dan Angah, mereka mahu tengok sukan.
Ayah tinggal di rumah dengan Achik dan Adik. Menghabiskan waktu cuti, memang banyak perkara yang perlu dibuat. Sambil itu, melihat ragam anak-anak Oren di sebalik cermin pintu. Membuka reban ayam mutiara, membiarkan ayam-ayam itu bermain di luar reban. Membancuh kopi Hang Tuah, ayah menekuni Mingguan Malaysia. Banyak cerita tentang Ramadhan dan semalam berlangsungnya Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan berhampiran Kompleks Sogo.
Ramadhan yang datang seharusnya menguatkan lagi hubungan antara kita dan bersama-sama kita mengamalkan ajaran Islam untuk kesejahteraan kita semua, Insya-Allah.

Friday, May 3, 2019
Selamat
Ayah membaca dalam 'Twitter' Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini ialah Hari Anggota Bomba Sedunia (4 Mei).
Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia diucapkan. Begitu cantiknya Bahasa Melayu. Apa-apa ucapan melibatkan hari-hari yang istimewa dimulakan dengan 'selamat'. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ada empat maksud 'selamat'. Maksud 'selamat' yang ketiga ialah ucapan atau doa dengan harapan supaya sejahtera (terhindar daripada segala bencana, sampai hajat dan lain-lain) atau sebagai tanda bersyukur.
Secara tidak langsung, sedar atau tidak sedar, kita telah mendoakan seseorang apabila meggunakan perkataan 'selamat' apabila memberi ucapan sempena hari istimewa yang diraikan oleh sesiapa sahaja.

Al-Fatihah
Hari ini Jumaat terakhir sebelum masuknya bulan Ramadhan (ejaan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat - Ramadan).
Dua hari lepas, 1 Mei (Rabu), kita kehilangan insan yang kita kenali dan sayangi, iaitu Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 73 tahun. Kehilangan sesuatu yang menyedihkan dan menyakitkan. Walau bagaimanapun, inilah lumrah kehidupan dan kita semua akan melaluinya. Sama ada kita yang pergi dahulu atau orang lain yang pergi dahulu, kita tetap kena bersedia kerana giliran itu pasti akan sampai.
Mungkin di saat ini kita tidak sabar untuk bertemu Ramadhan. Walaupun Ramadhan akan muncul beberapa hari sahaja lagi, kita pun tidak tahu sama ada kita sempat atau tidak berjumpa Ramadhan. Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Benar
Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...