Almari kosong boleh disi dengan barang-barang atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai.
Bagi anak-anak, almari kosong tidak boleh dibiarkan kosong, apatah lagi jika almari itu dapat memuatkan mereka. Selepas angah keluar dari almari, adik pula masuk. Ditariknya pintu almari. Dia menjerit dan keluar menerpa ke arah ayah. Ditunjuknya jarinya yang tersepit. Ayah menggosoknya jarinya tetapi dia masih menghulurkan tangan kepada ayah. Ayah meniup-niup jarinya. Dia kembali semula ke dalam almari. Sebenarnya, jarinya tidak apa-apa. Apabila dia rasa sakit, selagi jarinya tidak ditiup, dia rasa dia belum baik sebab selalunya ayah akan tiup.
Sebab itu ada peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak akan ingat atau ikut apa-apa yang dibuat atau diajar emak dan ayah.
Translate
Wednesday, December 7, 2016
Tiup
Tuesday, December 6, 2016
Kaset
Di matamu mencerminkan rindu
Di mata mu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan
kasih sayangmu
Tak mungkin akan kulepaskan
ikatan ini
Yang membesar tahun 80-an mesti ingat lagu ini. Malam tadi ayah tengok rancangan Rock Kapak di TV1. Liriknya begitu puitis. Nyanyian kumpulan Bumiputra Rockers.
Lagu tahun 90-an, ayah suka lagu ini. Liriknya juga puitis dan maksudnya juga mendalam. Lagu ini pula nyanyian kumpulan Ukays. Kaset yang pertama dibeli ayah ialah kaset kumpulan Ukays.
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Kuberserah diri
Ayah ralit menonton televisyen di dapur sambil asyik mengenang zaman radio kaset. Anak-anak pula ralit menonton kartun di hadapan.
Monday, December 5, 2016
Epal
Dua hari lepas, sewaktu berada di simpang Petronas, ayah menunjukkan kepada anak-anak lori yang dikhususkan untuk membawa kuda. Ayah tidak tahu istilah sebenar kenderaan tersebut.
Sudah lama ayah tidak naik kuda. Melintas tempat ekuestrian berhampiran bangunan Yayasan Pahang selalulah tetapi hanya menoleh dan menunjukkan kepada anak-anak sahaja. Untuk berkawan dengan kuda, bawalah buah epal setiap kali berjumpa dengan kuda menurut penjaga kuda.
Jika anak-anak tidak biasa dengan kuda hidup, bolehlah membawa anak-anak berjumpa 'kuda tidak berkulit' di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan sempena cuti yang masih panjang.
Sorok
Cuti sekolah sama dengan musim hujan. Mujur semalam dan hari ini cerah.
Anak-anaklah yang paling seronok kerana cuti yang panjang. Kalau di kampung, macam-macam aktiviti. Memancing salah satu aktiviti popular.
Itu kalau tidak hujan.
Apabila hujan, duduk di dalam rumahlah jawabnya. Jadi, ayah dan anak-anak bermain sorok-sorok. Tempat menyorok tidaklah seluas di kampung. Along sudah pandai main menyorok. Angah disuruh menyorok pun dia tidak menyorok. Dia pula yang menunjukkan tempat menyorok along. Adik mengekor sesiapa sahaja.
Anak-anak senanglah mencari tempat menyorok, ayah jenuh juga mencari tempat menyorok. Main menyorok ini juga salah satu teknik untuk mengajar anak-anak mengira.
Dah lama tak main? Mainlah, sekali sekala melayan anak-anak di samping menjemput kenangan lama.
Saturday, December 3, 2016
Salji
Dua tiga hari ini abang tanya ayah tentang salji. Di negara manakah yang ada salji?
Dia bertanya apabila melihat iklan kartun Upin Ipin tentang salji. Ayah pun melayari 'Google' dan menemui jawapannya dalam tulahan.blogspot.my. Switzerland tempat salji yang terindah dan ada lagi yang lain-lain.
Ayah terus melayari dan internet Switzerland tidak dapat dipisahkan daripada jam. Ayah membaca dalam laman web Berita Harian bertarikh 12 November 2014 tentang jam.
GENEVA: Jam tangan emas jenama Patek Philippe mencatat rekod lelongan paling mahal dan paling kompleks apabila dijual dengan harga AS$21.3 juta (RM68.16 juta) dalam satu lelongan di Switzerland, semalam.
Jadi, opah suruh Kak Ros belajar betul-betul supaya dapat belajar di luar negara. Ayah pun cakap perkara yang sama. Nanti boleh main salji dan belikan jam untuk ayah.
Friday, December 2, 2016
Tunggul
Semalam kami ke UTC. Adik tiba-tiba di dalam lampin pakai buangnya ada darah. Mungkin sebab dia menggaru-menggaru dan luka.
Along pula giginya sudah bergoyang. Angah pula ada tiga lagi lubang yang belum ditampal. Menunggu giliran memerlukan kesabaran. Anak-anak pula macam biasa, tidak pernah diam.
Mujur abang dan angah mahu klinik gigi.Ayah pun masih ada dua tunggul gigi yang ayah biarkan di dalam mulut ayah.
Thursday, December 1, 2016
CCXR
Kereta yang paling mahal ialah Koenigsegg CCXR Trevita ( http://koenigsegg.com/trevita/).
Ayah suka menyusun kereta-kereta kecil di atas almari dan selalunya di atas bingkai gambar akan ada kereta kecil Hot Wheels.
Anak-anak pula pantang nampak kereta-kereta tersebut disusun begitu. Akan disuruh ayah atau emak mengambilnya dan mainnya tidaklah lama. Kereta-kereta itu ditinggalkan di atas lantai atau ditemui di bawah sofa.
Apabila ayah menyusunnya semula, akan diminta emak atau ayah mengambilnya lagi. Begitulah kitarannya.
Benar
Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...