Translate

Wednesday, May 28, 2025

Tuesday, May 27, 2025

Cahaya

Ilmu itu jadi cahaya,
Menerangi hati yang buta,
Mesti dicari walau di mana...
Tatkala bermain mata diikat dengan kain, pastinya gelap-gelita, tak ada walau setitik cahaya. Fokusnya hanya mendengar dan mencari-cari bunyi bola yang dilantunkan serta bunyi riuh yang cuba mengganggu, ternyata bukanlah perkara  yang amat mudah. Apatah lagi yang lahirnya sudah tak ada penglihatan atau yang ditarik nikmat lihat disebabkan tragedi, sangat besar ujian di dunia ini.  Sepertinya sedikit petikan lagu 'Di Sini Kami Berkumpul' pula, dengan ilmulah yang dapat menerangi dunia kita meskipun ada yang diuji dengan masalah penglihatan. Jutaan terima kasih kepada Cikgu-cikgu yang memberi ilmu.  Hari semalam 26 Mei, Sambutan Hari Guru berlangsung setelah tertangguh, Alhamdulillah. Terima kasih yang datang membawa hadiah - Rai, Faiz, Auni, Qistina, Zara dan Aunee, Bunga dan Nad, Madina dan Keysha, Anwar, Aqil, Mirza, Amir, Sufi, Syed, Shah, semua yang memberi ucapan, semua yang mendoakan, semua yang membuat persembahan, murid tingkatan 4 yang menguruskan majlis, staf, rakan seperjuangan dan semua yang terlibat,  terima kasih atas segalanya.
        Benarlah kata bijak pandai, "Dengan mengajar kita belajar, dengan belajar kita mengajar." Di mana-mana pun kita berada, setinggi mana pun kita berada, tetaplah mesti kita terus berguru kerana ilmu tak pernah habis. Ilmu yang diamalkan akan menerangi hidup kita, Insya-Allah.

Saturday, May 17, 2025

Ambillah

Ahad bertemu sepertinya sekejap saja. Seperti biasa, gembira dan sedih berselang-seli dan mahu atau tidak mahu, kena kita laluinya.
        Ahad lepas, 11 Mei, walimatulurus, selamat diijabkabulkan — Shah dan Wani, Alhamdulillah. Meriah dengan sanak saudara bersua muka, ada yang lama tak jumpa, bertukar khabar. Hari sebelumnya, ke rumah Mbah Man dan Tok Chik Liza, tak lama kemudian Tok Su Atan dan Nek Su muncul. Malam tidur rumah Nenek dulu. Pagi esoknya kembali ke rumah Mbah Man dan terus ke masjid. Selepas itu, barulah Baba muncul. Pak Su Apit bekerja. Sebelum Asar, Umi tiba. Selasa, 13 Mei pula kami menerima berita dukacita, Abang arwah Wan Dolah, Tok Wa kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah. Cuti raya puasa tempoh hari sempat kami ke sana berziarah. Hari ini pula, Ahad sudah kembali, 18 Mei, Angah pun ada, menunggu Achik dan Adik menduduki uijian kelayakan tali pinggang.
       Banyak peristiwa yang sedang kita lalui. Ada yang memberi kesan kepada kita secara langsung dan ada juga yang memberi kesan kepada kita secara tidak langsung. Ambillah yang baik-baik daripada segala yang terjadi walaupun perit supaya kita jadi lebih baik, Insya-Allah.

Thursday, May 15, 2025

Selamat Hari Guru

Cemburu orang berilmu
sentiasalah berguru
berguru dengan buku
tak mengerti tanyalah guru
mestilah berguru
tak semua ketahuan
bergurulah dengan ilmuwan
bergurulah dengan yang
mengamalkan ilmu.
Selamat Hari Guru
terima kasih Cikgu.

Semsas
16 Mei 2025

Tuesday, May 6, 2025

Secawan Kopi Sedar

Menghirup secawan kopi
meski sebentar
secawan kopi yang kaubancuh
dengan setulus seluruh jiwa
dan rasa kasih
yang kian memekat
kaucurahkan ke dalamnya
kerana itu yang membuat
kauteruja bahagia.
Secawan kopi sedar
di dalamnya ada 
cinta yang mendalam.

6 Mei 2025

Monday, May 5, 2025

Terus Bangkit

Petang Jumaat,  2 Mei, buah mempelam muda yang diingini tidak ditemui di kedai di birai jalan mahu pun di pasar raya.
          Ada yang muda sebenarnya,  Ayah ingatkan mempelam biasa, rupa-rupanya mempelam 'luar biasa', sebiji RM23 — harumanis rupa-rupanya. Maka, Ayah membatalkan niat untuk membeli mempelam tersebut walau tak pernah lagi menikmati jeruk harumanis.  Langkah seterusnya setelah belayar di lautan maya, maka bergeraklah menghala ke Panching  kerana di sana ada mempelam yang dicari-cari. Malam Sabtu, selepas kelas, kerja Along bermula. Hasil kolaboratif Along dengan Achik,  video pembuatan jeruk mempelam dirakam. Pagi Ahad, 4 Mei, selesai proses rakaman, Alhamdulillah. Kemudian, kami pun bergerak ke Sukpa setelah Along bergerak. Semangat yang luar biasa nampaknya membuahkan hasil, kedua-duanya melangkah ke pusingan akhir pada petangnya. Alhamdulillah kejayaan berbuah lagi, kedua-duanya, pasukan hoki lelaki dan perempuan Semsas merangkul juara.
          Buah itu ialah hasilnya. Proses untuk menghasilkan buah pastinya akan ada sejuta cabaran. Cabaran itu satu pengalaman yang amat berharga kerana mengandung segala macam rasa untuk terus bersemangat dan bangkit dalam kehidupan.

Saturday, May 3, 2025

Telah Kalian Sediakan

Tak perlu peluru
sedang mengopi
harap terus-terusan
dimakan api murka
telah kalian sediakan
sekian lama kayu
pada pohon percaya.

3 Mei 2025

Sungai Soi

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...