Tak semua yang kita ada perlu diberi kepada orang lain.
Tak percaya? Kadang-kadang, apa-apa yang dipinjamkan pun belum tentu akan dipulangkan kembali, apatah memberikan sesuatu yang menjadi milik kita kepada orang lain. Sudah diberi, janganlah berharap sedikit pun sesuatu itu akan kembali. Sebab itu untuk mempertahankan sesuatu yang kita ada bukan hanya perlu kekuatan, tetapi kebijaksanaan. Kebijaksanaan terhasil daripada pembacaan dan pengalaman. Insya-Allah, ilmu yang menjadi akar kebijaksanaan yang akan memandu kita untuk mempertahankan apa-apa yang kita ada. Kebijaksanaan bukan bertujuan untuk mengambil milik orang tetapi untuk menjaga milik sendiri.
Tolak ansur? Ya, penting. Ayah pernah terbaca pendapat seorang penulis dalam Dewan Masyarakat yang menyatakan bahawa bangsa yang terlalu bertolak ansur akan ditolak beransur-ansur. Dan nampaknya achik begitu mengawal permainannya pada malam ini.
Translate
Wednesday, June 6, 2018
Milik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment