Semua sudah ada di rumah. Kembali meriah dengan jeritan serta tangisan.
Kami ke Kuantan City Mall. Parkir di tingkat atas, tak silap ayah P5 yang dekat dengan surau. Kami turun ke bawah naik lif. Suara anak-anak semua orang boleh dengar dan begitulah ke mana-mana pasar raya. Mungkin mereka nampak macam taman permainan yang begitu luas.
Umi tunjuk kepada ayah satu kedai. Umi cakap mesti ayah suka. Sampai muka pintu, ayah cakap buat apa ayah nak suka kedai yang nampak macam kedai bunga dari luar.
"Masuk ke dalam kedai dan tengok dulu," kata umi.
Akhirnya, ayah yang rasa seperti tidak mahu keluar kerana ada buku-buku untuk melukis yang menarik, ada lukisan-lukisan yang digantung di dinding dan jam-jam bercorak yang memikat hati. Kaison nama kedainya.
Disebabkan namanya Kuantan City Mall, ayah pun mahu memetik satu baris kata Inggeris, 'don't judge book by its cover'.
Translate
Tuesday, November 21, 2017
Tengok Dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saat Hati Sedang Memandu
Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment