Kita mengenalinya sejak sekian lama, kebenaran kini, mungkin boleh diterima, mungkin juga tak boleh menerima.
Ayah termasuk dalam golongan yang tak boleh menerima, itulah kebenarannya. Kebenarannya mungkin sudah tak boleh diubah, mungkin sudah termaktub atau tersurat, keputusan telah dibuat. Kebenarannya, dia menghiburkan kita sekian lama tanpa rasa bosan dengan meninggalkan pesan dan kesan. Kebenarannya, realitinya dia mewakili segelintir daripada kita yang benar-benar hidup dengan wataknya yang menghiburkan walau sekadar sampingan.
Kebenarannya, dia mencipta peminatnya yang tersendiri walau disingkirkan dengan kehendak yang majoriti, kehendak yang minoriti cukup menghargainya kerana kebenaranlah yang membuatkan jalan cerita dan watak utama lebih hidup!
1 comment:
Kebenaran adakalanya pahit tapi itulah erti sebenar k.e.b.e.n.a.r.a.n
Post a Comment