Peribahasa Jerman ada menyatakan bahawa tempat tidur ialah penjara bagi orang malas.
Sewaktu zaman ayah sekolah menengah
dulu, di atas katil tempat yang 'terbaik' untuk membaca jika opah atau atuk menyuruh ayah membaca kerana ayah akan 'membuta' lebih lama berbanding membaca.
Apabila sudah kerja, membaca apa-apa sahaja ialah satu rutin bagi ayah seperti mengambil sarapan pagi. Jika tidak membaca, rasanya seperti ada yang tidak kena kerana kerja ayah memerlukan ayah mengetahui tentang banyak perkara. Teringat ayah sebahagian lirik lagu Apa Yang Kautahu nyanyian Rabbani.
Bacalah sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia
Bacalah tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan
No comments:
Post a Comment