Ke mana-mana saja, pasti kita jumpa banyak orang, ada yang kita sudah kenal, ada yang baru kenal dan ada yang ingat-ingat lupa.
Sudah berjumpa pastilah tegur-menegur berlaku dan sekiranya sudah kenal, terungkitlah kisah lalu. Setiap hari kita bertemu, mungkin dengan orang yang sama, mungkin juga yang lain, tetap ada kisahnya. Titik persamaan yang ada kadang-kadang membuatkan kita dapat berborak dengan lama jika masa mengizinkan. Jika tidak, mungkin bertemu di lain kali atau entah bertemu entahkan tidak. Adakalanya kisah itu bersangkut-sangkut, kita mengenali orang yang sama di tempat yang berbeza dan adakalanya kita pernah berada di tempat yang sama walau ceritanya tak sama.
Bertemu dan berpisah, itulah kita lalui setiap hari, ada yang manis, ada yang pahit, itu asam garam kehidupan yang sering disebut orang. Tetaplah harus dilalui kehidupan yang menyajikan kita dengan pelbagai kisah dan ragam manusia, raikanlah kerana akhirnya kita ke tempat yang sama.
Translate
Saturday, August 17, 2024
Asam Garam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...