Translate
Saturday, May 28, 2022
Di Sana
Subur
Kita semua mahu jadi lebih baik. Tak tahulah kalau ada yang tak mahu jadi lebih baik.
Merujuk buku Mutiara Kata susunan Adi Al-Hadi, kata William Faulkner, "Jangan fikir untuk menjadi lebih baik daripada mereka yang lebih lemah atau lebih hebat daripada anda. Cubalah menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri." Kita semua tahu bahawa tidak ada batasan atau sempadan untuk kita menjadi lebih baik. Setiap detik yang datang pastinya ada saja perkara yang sedang kita lakukan sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Mencabar diri melakukan sesuatu dengan lebih baik cukup menyeronokkan, dengan syarat tidak putus asa kerana kadang-kadang badai yang kuat itu bukanlah datangnya dari luar tetapi datangnya dari dalam diri sendiri.
Benih 'lebih baik' itu perlu disemai ke dalam tubuh supaya tumbuh dan subur sepanjang masa dalam jiwa kerana kita semua mahukan sesuatu yang lebih berlaku pada setiap detik dan detak yang akan ditinggalkan.
Friday, May 27, 2022
Dengar
"Malas nak dengar!" tiba-tiba Adik berbunyi sewaktu keluar dari rumah.
"Dengar apa?" Ayah bertanya. Dia tak menjawab pun soalan Ayah. Kadang-kadang ada perkara yang malas kita nak dengar dan kita boleh memilih untuk tak mendengarnya, ada juga perkara yang terpaksa kita dengar kerana sangat berkaitan dengan kita dan ada juga yang boleh kita pilih mana-mana saja bahagian yang kita nak dengar daripada semua yang diperkatakan. Mendengar satu proses penting dalam menerima maklumat untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.
Sesuatu yang didengari seharusnya memberi kebaikan walaupun pahit, memberi kegembiraan walaupun sakit dan memberi semangat walaupun penat selagi mana jantung berdenyut.
Wednesday, May 25, 2022
Detik
Perjalanan jauh, memenatkan, namun kegembiraan terpancar.
Walau tidak menjangka di penghujungnya bertemu Sungai Pahang dan jalan ladang, namun akhirnya tetap sampai, Alhamdulillah, walau tak benar-benar seperti yang dirancang. Sebelumnya, singgah mengisi perut di jamuan hari raya, meriah tak terkata, lepas satu, satu, dikunyah dan ditelan. Sudah kekenyangan, maka bergeraklah. Masa yang ada tidaklah banyak dan menjadikan masa itu amat bermakna walau perjalanan untuk sampai itu lebih panjang, manakala waktu bertemu itu dirasakan terlalu singkat. 24 jam tetaplah sama waktunya pada 21 Mei 2022, bersua setelah dua minggu berlalu.
Lama atau sekejap tetap akan berlalu. Setiap detik yang kita dapat untuk bertemu amat mahal harganya kerana kita tak selamanya bersama-sama pada setiap detik.
Friday, May 20, 2022
Mulia
Thursday, May 19, 2022
Terima Kasih
Semalam, 18 Mei 2022, masih berhari guru dan berhari raya, bukan selalu dirai dua dalam satu.
Anak-anak sangat gembira, dibimbing guru, pelbagai acara diatur untuk kemeriahan yang berganda, ditambah pula setelah agak lama kemeriahan tergendala gara-gara musibah melanda. Yang merai dan yang dirai berganding bahu, itu tanda sehati sejiwa, itu tanda serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Yang penat menguruskan acara, yang penat bermain, juadah pelbagai telah menanti di samping persembahan sampingan. Tak cukup dengan itu, ada pula hadiah yang menyusul, Alhamdulillah.
Merai dan dirai, itu sebahagian perkara yang mengindahkan hidup kita. Merai dan dirai itu tandanya kita ini saling melengkapi dan memerlukan kerana asal kita memang tak sempurna. Terima kasih atas segalanya.
Waris
Sudah pasti banyak kenangan yang terukir di dinding kenangan, kenangan antara kita dengan Cikgu.
13 Mei 2022 (Jumaat), menerima berita sedih, kami kehilangan ibu saudara, seorang pesara guru, Ropiah Samsuri, yang kami panggil Mak Tam Peah. Aidilfitri baru saja bertemu, kini dia telah kembali kepada Pencipta, Al-Fatihah untuk guru-guru yang telah meninggalkan kita . Mak Tam Peah, pernah berbakti di Kelantan, merupakan cikgu sahabat Ayah, Cikgu Suhaimi Sulaiman. Hidup Berjasa walau di mana-mana saja, Cikgu menyemai adab dan ilmu untuk anak-anak tercinta.
Semakin dewasa, semakin jauh kita melangkah, semakin jauh kita meninggalkan guru-guru. Namun, dalam diri kita, sedikit sebanyak kita mewarisi adab dan ilmu guru-guru, juga mewarisi adab dan ilmu guru pertama dalam hidup kita, Mak dan Abah kita. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru Cikgu.
Monday, May 9, 2022
Harta
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...