Kami meninggalkan hotel Makarem Al-Massi. Kami meninggalkan Masjid Nabawi. Kami mula bergerak meninggalkan bumi Madinah ke miqat Bir Ali.
Kami bersolat dan berniat ihram umrah di miqat Bir Ali. Di masjid Bir Ali sudah tentu berbeza kerana hampir semuanya berpakaian ihram.
Dua helai kain putih menjadi pakaian tanpa mengira sesiapa.
Translate
Tuesday, January 31, 2017
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 30
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 29
Solat pertama kami di Masjid Nabawi ialah solat Zuhur. Solat terakhir kami Masjid Nabawi juga solat Zuhur.
Yang berbezanya ialah kami meninggalkan Madinah dengan memakai ihram. Ayah berharap kami dapat kembali semula ke sini.
Sunday, January 22, 2017
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 27
Rasulullah telah dimakamkan di dalam bilik rumahnya. Kepalanya terletak di barat dan kakinya di timur dengan mukanya ke arah kiblat (Madinah Munawwarah, Dr.Abd. Basit Abd. Rahman).
Alhamdulillah, dengan melalui pintu Babus Salam Masjid Nabawi, makam Baginda saw kami temui setelah mengikuti atuk pada hari pertama sampai di sini.
Di sisi makam Rasulullah saw makam Sayidina Abu Bakar al-Siddiq dan di sebelahnya, makam Sayidina Umar bin al-Khattab. Di dalam bilik itu, terdapat satu lagi ruang untuk sebuah makam (Madinah Munawwarah, Dr.Abd. Basit Abd. Rahman).
Thursday, January 19, 2017
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 24
Alhamdulillah, kami masih di tempat Peperangan Uhud berlaku. Ustaz Syamir menerangkan peristiwa yang berlaku di sini.
Kini, kami berdiri di Bukit ar-Rumah tetapi kami tidak mendaki sampai ke puncak.
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 23
Menurut buku Madinah Munawwarah (Dr. Abd. Basit Abd. Rahman), di sinilah gugur syahid bapa saudara Rasulullah saw, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib pada pertempuran yang pertama. Lokasinya di sebelah barat Bukit Uhud.
Apabila Rasullah saw melihat mayat Sayidina Hamzah dan kekejaman perlakuan ke atas mayatnya, Baginda bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan berlaku lagi kejadian seperti ini selama-lamanya."
Monday, January 16, 2017
Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 25
Seorang sahabat, Encik Hamir menyatakan bahawa carilah Raudhah apabila sampai di Masjid Nabawi.
Yang ayah paling ingat apabila membaca buku-buku Profesor Muhd Kamil Ibrahim (terima kasih kepada Syukur, sepupu emak kerana memperkenalkan kepada ayah karya MKI), 'pasti ada ruang' untuk kita apabila berada di sini.
Walaupun berduyun-duyun manusia, Insya-Allah pasti ada ruang untuk kita bersolat dan berdoa di situ. Raudhah di buka pada waktu-waktu tertentu dan ambillah peluang tersebut.
Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku."
Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 22
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di kawasan bukit yang warnanya kemerah-merahan. Kami hanya melihatnya dari bawah.
Lokasinya di bahagian utara Madinah, iaitu kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar. Bukit ini salah sebuah bukit yang terbesar dan terpanjang di Madinah. Panjangnya dari timur ke barat ialah 6 kilometer.
Inilah Jabal (Bukit) Uhud.
Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 21
Dalam buku Madinah Munawwarah (Dr. Abd. Basit Abd. Rahman), seorang sahabat, Anas ra menyatakan bahawa dia keluar bersama dengan Rasulullah saw ke Khaibar, berkhidmat untuk Baginda.
Kemudian, setelah pulang menuju ke Madinah, sesudah ternampak Bukit Uhud, Baginda bersabda yang bermaksud:
" Bukit ini (Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya."
Wednesday, January 11, 2017
Cerita Ayah - Kisah ziarah umrah 18
'Ajwah atau tamar Madinah ini disebut dalam hadis tentang kelebihannya.
Dalam buku Madinah Munawwarah (Dr. Abd. Basit Abd. Rahman) menyatakan bahawa Saad bin Abi Waqqas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesiapa makan kurma 'ajwah pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannnya pada hari itu."
Kami singgah di kebun kurma dan rambang mata kembali datang setelah melihat pelbagai jenis kurma, kekacang, kismis, coklat dan macam-macam lagi.
Saturday, January 7, 2017
Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 14
Pagi itu bas melintasi perkuburan Baqi'untuk membawa kami menziarahi tempat bersejarah di Madinah.
Ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa ramai dalam kalangan sahabat dan ahli keluarga Rasulullah saw sama ada yang meninggal sebelum atau selepas kewafatan Rasulullah saw dikebumikan di Baqi' (Madinah Munawwarah, Dr. Abd. Basit Abd. Rahman).
Petang sebelumnya selepas Asar, atuk membawa kami ke perkuburan itu. Waktu itu masa melawat hampir tamat. Kami hanya berada sekejap di situ.
Perkuburan Baqi' berada di sebelah kiri (Tenggara) Masjid Nabawi. Kawasan ini dikelilingi pagar yang tinggi.
Tuesday, January 3, 2017
Cerita Ayah - Kisah ziarah umrah 8
Inilah doa ( Panduan Praktis Umrah & Ziarah, Darul Nu'man)ketika memasuki kota Madinah yang boleh dibaca.
"Ya, Allah, negeri ini ialah tanah haram Rasul-Mu dan telah engkau haramkan ia di atas lisan Baginda saw, maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan buruk perhitungan di hari kemudian."
Sunday, January 1, 2017
Cerita Ayah -kisah ziarah umrah 5
Dalam perjalanan ke Madinah, kami singgah makan.
Alhamdulillah, di sini ada suis seperti di Malaysia dan boleh mengecas telefon. Matahari pagi terus terang bersinar.
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...