Translate

Saturday, April 26, 2025

Syukur

Sabtu, 26 April 2025, masih suasana beraya, kita masih beraya di penghujung Syawal kerana ada jemputan rumah terbuka, syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah.
      Masihlah beraya dan tetaplah  ada yang bergaya seperti mana Cikgu Zaidi dan Cikgu Zainuddin yang lengkap mengenakan baju Melayu dan bersamping. Program lain tetap berjalan,  maka  langkah pun diatur mengikut keutamaan. Bertemu dengan Cikgu Sakirin dan anak murid, Hilman, tentulah banyak ceritanya. Lepas Zuhur pula, bertemu dengan Cikgu Nasir yang nampaknya semakin segar dan ceria seperti mana Cikgu Hamdan yang muncul selepas itu. Ada pula serawa pisang, makan sambil mendengar cerita Cikgu Nasir dan Cikgu Sakirin. Selesai makan, "Lepas ni mana?" tanya Angah. Masing-masing sudah letih.  Malam, berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Sri Pahang dan JDT.
        Masa terus bergerak, banyak perkara yang dirancang, banyak perkara yang berlaku seperti yang kita mahu, juga banyak yang berlaku seperti yang kita tidak mahu. Teruskanlah perjalanan, teruskanlah bersyukur.
   

     
        

No comments:

Tindakan

And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...